Friday 28 November 2014

Kek Coklat Moist Versi Simple

Dentist dari MOH pesan, "Please do share. Y'll get more!"
*MOH=ministry of health

So, today I would like to share a recipe. Ini resipi yang dimodify a bit from courtesy of google. Ahah.

Kek coklat moist versi simple.
♡SimplySuperAdorable♡

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan serbuk koko

Bahan B:
3 biji telur
2 cawan gula
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan air panas

Cara-cara:

1. Ayak Bahan A, dan satukan semuanya. Ketepikan.
*kadang2 saya tak ayak pun,jimat masa. Padahal malas. Haha

2. Satukan telur dan gula, kemudian pukul hingga putih.
*boleh guna kekuatan tangan atau mixer (high speed)
*kalau anda seorang dentist, recommended guna tangan supaya tangan lebih kuat. Tangan perlu kuat untuk cabut gigi pesakit. Haha

3. Masukkan minyak sayur dan susu pekat ke dalam 'telur dan gula'. Pukul lagi. Kalau guna mixer, use slow speed.

4. Campurkan adunan ini dengan Bahan A yang telah diketepikan tadi. Kacau bagi rata, selang selikan dengan memasukkan air panas, hingga rata dan nampak berkilat.

5. Lenserkan mentega di bahagian dalam loyang/periuk/microwave tupperware, kemudian masukkan adunan tadi.

6. Panaskan microwave anda terlebih dahulu, dalam 15 minit, dengan suhu 140°.
*Saya biasanya guna microwave je, tapi boleh juga kukus atau bakar dalam oven.

7. Masukkan loyang/periuk/microwave tupperware ke dalam microwave anda. Pastikan suhu antara 140°-150°, bakar selama hampir 2 jam.
*kalau anda tak berapa confident, anda boleh check dengan menggunakan garpu atau kayu sate, untuk satu jam pertama. Kalau adunan masih melekat pada garpu, maka ianya bererti belom masak. Jadi teruskan membakar.

8. Bila dah siap, sejukkan kek terlebih dahulu, kemudian baru sediakan topping.

Bahan topping:

(Asalnya resipi ni adalah dari ibu kawan saya,tapi telah dimodify ikut suka)

1 cawan air
Gula-ikut suka banyak mana
1 sudu kecil tepung jagung
Serbuk coklat-ikut suka banyak mana

*with experiences, you will know how to measure it. Krik3

*kesemua bahan2 ini dicampur sekaligus, kecuali tepung jagung. Panaskan di atas api sederhana.

*Tepung jagung perlu dibancuh dengan sedikit air terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam campuran serbuk coklat+gula+air. Kalau tak, topping akan jadi berketul2.

*Selepas 10 minit, tutup api, dan sejukkan topping sebelom diletakkan diatas kek.

*Untuk hiasan, ikot kreativiti masing2. Boleh taburkan coklat urai, atau kacang badam, atau cheese yang diparut. Anyway, saya tak suka cheese, so saya letak coklat urai jer.

*Now, ready to serve.

P/S Gambar dibawah tak berapa cantik. Well camerawoman tak bertauliah.

Selamat mencuba.
From me,
♡ Recipes Seeker ♡


No comments:

Post a Comment