Friday 28 November 2014

Kek Coklat Moist Versi Simple

Dentist dari MOH pesan, "Please do share. Y'll get more!"
*MOH=ministry of health

So, today I would like to share a recipe. Ini resipi yang dimodify a bit from courtesy of google. Ahah.

Kek coklat moist versi simple.
♡SimplySuperAdorable♡

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan serbuk koko

Bahan B:
3 biji telur
2 cawan gula
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan air panas

Cara-cara:

1. Ayak Bahan A, dan satukan semuanya. Ketepikan.
*kadang2 saya tak ayak pun,jimat masa. Padahal malas. Haha

2. Satukan telur dan gula, kemudian pukul hingga putih.
*boleh guna kekuatan tangan atau mixer (high speed)
*kalau anda seorang dentist, recommended guna tangan supaya tangan lebih kuat. Tangan perlu kuat untuk cabut gigi pesakit. Haha

3. Masukkan minyak sayur dan susu pekat ke dalam 'telur dan gula'. Pukul lagi. Kalau guna mixer, use slow speed.

4. Campurkan adunan ini dengan Bahan A yang telah diketepikan tadi. Kacau bagi rata, selang selikan dengan memasukkan air panas, hingga rata dan nampak berkilat.

5. Lenserkan mentega di bahagian dalam loyang/periuk/microwave tupperware, kemudian masukkan adunan tadi.

6. Panaskan microwave anda terlebih dahulu, dalam 15 minit, dengan suhu 140°.
*Saya biasanya guna microwave je, tapi boleh juga kukus atau bakar dalam oven.

7. Masukkan loyang/periuk/microwave tupperware ke dalam microwave anda. Pastikan suhu antara 140°-150°, bakar selama hampir 2 jam.
*kalau anda tak berapa confident, anda boleh check dengan menggunakan garpu atau kayu sate, untuk satu jam pertama. Kalau adunan masih melekat pada garpu, maka ianya bererti belom masak. Jadi teruskan membakar.

8. Bila dah siap, sejukkan kek terlebih dahulu, kemudian baru sediakan topping.

Bahan topping:

(Asalnya resipi ni adalah dari ibu kawan saya,tapi telah dimodify ikut suka)

1 cawan air
Gula-ikut suka banyak mana
1 sudu kecil tepung jagung
Serbuk coklat-ikut suka banyak mana

*with experiences, you will know how to measure it. Krik3

*kesemua bahan2 ini dicampur sekaligus, kecuali tepung jagung. Panaskan di atas api sederhana.

*Tepung jagung perlu dibancuh dengan sedikit air terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam campuran serbuk coklat+gula+air. Kalau tak, topping akan jadi berketul2.

*Selepas 10 minit, tutup api, dan sejukkan topping sebelom diletakkan diatas kek.

*Untuk hiasan, ikot kreativiti masing2. Boleh taburkan coklat urai, atau kacang badam, atau cheese yang diparut. Anyway, saya tak suka cheese, so saya letak coklat urai jer.

*Now, ready to serve.

P/S Gambar dibawah tak berapa cantik. Well camerawoman tak bertauliah.

Selamat mencuba.
From me,
♡ Recipes Seeker ♡


Abah selamanya...

Masih terdengar sayup2 azan dalam kedinginan pagi hari. Terasa sebak,tapi aku tetap berusaha untuk menghalang titisan air mata dari jatuh. Allah! Begini agaknya berpisah semata hanya kerana-Mu. Namun,titisan2 jernih air mata jiran2 tetap ada,mengiringi langkah ma dan abah. Terpancar sikap kejiranan. Pagi itu tetap dalam ingatanku.
 
Wajah abah berseri2, bagaikan tak sabar untuk berada di sana. Seumur hidup abah hanyalah memerah keringat tulang 4 kerat untuk kami sekeluarga, tanpa mengeluh, kali ini biarlah abah berehat, meluangkan masa untuk beribadat sepenuhnya kepada Maha Pencipta. Dan Allah Maha Kaya, masih memberi ruang nafas kepada abah, selepas segala dosanya dibersihkan melalui datangnya sakit 6 bulan lalu. Alhamdulillah,  abah dikurniakan kekuatan untuk masih meneruskan tugas sebagai hamba yang mengaku beriman.
 
Dahulu, aku dibesarkan dalam suasana kampung, yang mana kasih sayang disampaikan dalam bentuk yang sangat berbeza. Aku diasuh untuk menghormati dan mentaati sehingga aku menjadi jauh dan sangat takut dengan abah. Bukan aku seorang, bahkan adik beradik yang lain pun sangat patuh akan segala perintah abah, semuanya sebab takut. Abah sememangnya jarang keluarkan suara kuat, tak pernah tangannya hinggap kat mana2 bahagian tubuh anak2nya, tetapi, bila saja abah berdehem, anak2 yang bising atau berkelahi, semuanya akan diam terus. Hebatnya abah.
Aku masih membesar dan belajar. Aku melihat, suasana kasih sayang antara ayah dan anak di kawasan bandar sangat berbeza berbanding di kawasan kampung/luar bandar. Kasih dan sayang mungkin sama, tetapi the way it has been conveyed, itu yang a bit different. Ini apa yang aku lihat dan perhatikan sepanjang hampir 5 tahun merantau di bandar.
Key-eL uoolls!
 
Mereka berada di tanah Arab selama hampir dua minggu. Bersama besan dan juga kawan mereka.
 
Dari KB ---> KL ---> Jeddah ---> Mekkah dan Madinah ---> KL ---> KB
 
Keesokan harinya, dapat panggilan dari Abah. Yey! Aku orang pertama dapat call dari Abah, sebab waktu tu, aku seorang je tengah cuti. Cuti midsem. Orang lain kerja.
Dari suara Abah, jelas dan nyata, Abah memang happy berada disana. Alhamdulillah.
Semoga segala urusannya dipermudahkan.
 
Abah.
Tiadalah cinta bapa kepada anaknya melainkan cinta Abah. Walau datang lelaki hensem sekalipun menabur bunga2 cinta, rasanya belom mampu menandingi Abah. Walau kata cinta tidak diucapkan, tetapi cinta tetap bersemi melalui tanggungjawab, keprihatinan, bebanan yang dipikul sejak mula2 bernafas hinggalah kini.
 
Jasanya.
Terlalu banyak. Tak terhitung.
 
Moga Allah membalas segala kebaikan Abah.
Moga Allah tempatkan Abah di syurga yang selayaknya.
Moga Allah jauhkan Abah dari api neraka jahanam.
Moga Allah pertemukan daku dengan Abah di dalam syurga.

#anAdorableAbahEver

 

Monday 24 November 2014

Manual?

Rasanya dah dekat dua bulan tak drive kereta manual. Malam tadi, balik dari Kajang, akak offer kereta auto sebab takot penat bawak malam2, hujan pulak tu, tapi manual jugak yang I pilih. Bukan apa, sebab kereta ni kecik, senang nak park, tambah2 kat fakulti.

Risau jugak sebenarnya. Dah la dengan mengantuknya, dengan speknya yang takde, dengan penatnya..btw, baru abeh bengkel keusahawanan kat hotel oriental crystal kajang. Emm usahawan sangat. Headache jugak la buat yang bab finance. Sampai tido kul 2.30pagi. Baru nak berjimba dalam hotel mewah yang sekali seumur hidup je kot aku dapat duduk hotel macam ni. Haha. Alhamdulillah, dapat masuk final competition bulan December nanti. #pitchingfinale

Manual:
Tekan brek kaki > turunkan handbreak > tekan clutch > masuk gear

Auto:
No clutch

Ni style baru bawak kereta manual:
Turunkan handbreak > Tekan brek kaki > Masuk gear 'R'.

Haruslah tak gerak kereta ni. Hahaha.
Akak tanya, "oke ke tak bawak manual ni?"

Ehh. Lupa nak tekan clutch! Oh my God.

Take 2 minutes untuk ingat balik cara2 drive manually. Haha. Then, baru gerak. Tapi still tak confident enough, sebab pakai kasut kuliah yang flat, dan tapaknya memang nipis. Tak biasa. Biasanya pakai sandal yang tapaknya sedikit tebal, bukan high heel. Trying to be confident. Haha.

Nasib baik ada S kat sebelah. My 8 years old nephew. Bawak dia ke kolej sebab esoknya ada klinik PAEDS. Awal2 pesan kat S supaya tak tidur dalam kereta. Nasib dengar arahan. Haha. Taknak bagi dia mengantuk, make his brain works. Cane? My way is test dia dengan 'darab-bahagi'.

Sesampai je dekat tol Batu 9, mulalah gelabah, takot kereta mati. Haha. Ala...macam tak biasa. Hihi. Tapi nasib baik malam tu smooth jer, and less than 40 minutes lepas tu sampai kolej.

Teringat kat Abah. Abah pernah suruh bawak keretanya. MPV manual!
Hah? Awal2 dah angkat kedua2 tangan. Surrender!
Rela duduk senyap2 kat belakang. Haha.

#adoremuchhondajazzmerah #mampuke?

Monday 17 November 2014

She...An anonymous-she-is..

Kaki dihayun ke tandas. Aku baru bangun tidur, now is about 11.49pm. Tetiba hidung berair, bukan selesema. I dont know why. Mungkin sejuk sangat kot. Atau terfikir jugak, adakah ianya kesan Saliwax-E? Secara logiknya, macam jauh jer perjalanan dari telinga ke hidung. No direct highway from ear to nose, i thought. Anatomy, pls do kind to me. Ahah. Telinga bersambung ke anak tekak adalah, melalui tiub Eustachian. I dont know why am so tired. Today is Monday, hmm badan terkejut kot, dah lama rehat. Dua minggu cuti, free of clinic. Asal Isnin je, kepenatan yang berlainan. Haha. Tadi pun dalam klinik untuk tampalan gigi, terasa stiffness tangan, ohh MSD, pls go away fast! Haha.

(*MSD=musculoskeletal  disorder)

She is doing some kind of 'isteri solehah' stuff, which is, menjemur pakaian. As i passed her, she noticed me. Because of the runny nose that i had, so should she perasan me all the way.

"Belom nak tidur ke?". Sabahan or Sarawakian.
"Huh? Baru bangun tidur ni." Cam biasa, sengih.
"Oo bestnye.."

In the 'ladies',

"Oh bangun untuk sambung kerja ya?" Tanyanya lagi bila melihat aku tengah basuh pakaian.

Huh? At this time basuh baju? Terasa solehah la pulak, basuh dengan tangan. Haha.

She is so nice. I was told by A.Z last time that she has married already, with one child. Guess what age she is. Ahah.

One time ago. Dia pernah tanya, kenal tak budak BioMed, named 'H'. Haha. My roomate is also a BioMed student, but not 'H'. Btw, my roomate tak pernah pun tidur kat bilik ni. Haha.
Masa ni la kenal sikit2 dia ni.

Baik orangnya. But, belom ada kesempatan untuk tanya namanya. Hehe. InsyaAllah any other time. Shall make a good friend with her. Bolehlah nak grab ilmu rumahtangga sikit2 dari dia. Haha. Oh, anyway she is non-muslim. Hmm boleh berkongsi sikit sebanyak tentang agama stuff.

"Diciptakan untuk saling berkenalan"~maksud ayatulQuran

Oke, lets check out, and continue studying my DDS.

Pls do pray for me. May Allah eases along the way and all the way...amiin

*now is 1.41am


#vote4purple #GMukm #believe #AmNotAlumniYet 


Sunday 16 November 2014

A Plan..

Bismillah.

12.20 am.

Hullamak...
Masih segar ni. Tak perasan jarum jam bergerak dengan cepat. Terleka dengan perancangan klinik Prostho.

Ini hari pertama menghirup udara KL selepas rileks dua minggu di tanah tumpahnya darah. Otak dah ligat berfikir, macam spinning over the world, hmmm 'ohh my Prostho'.

Bercakap pasal perancangan, kita hanya mampu merancang, namun Allah sebaik2 Perancang. Tapi, should you fail to plan, then you plan to fail.

Ditanya oleh A, "Awak betul2 nak nikah bulan December tahun depan ke?"

Ouh?

Shall I?

"Kenapa pulak tanya camtu?"
"Hmm sebab taknak clash dengan coursemate yang lain, kena plan betol2. Nanti kang tak terpergi, terasa pulak.."

See? Nikah jugak yang dipersoalkan.

Truly, from the deepest heart, serabut jugak fikir pasal nikah2 nie.

Betul jugak apa yang ditanya tu, kita perlu ada plan. Nak nikah pun perlu ada plan. Even belom ada calon, perlu jugak plan! Sebab dengan adanya plan inilah yang mendesak, mengatur, dan membimbing diri untuk bergerak ke arah merealitikan matlamat plan. Huh?

Truly, from the deepest heart, also, I dah ada plannya dalam bab nikah ni. Now, tunggu masa untuk merealitikan. Jika ianya fantasi, maka Ya Allah, tolonglah hambaMu untuk make it reality. Amiiin.

Now, it's 1.09am already.

Hmm tidur dulu.

Assalamualaikumwbt.

Friday 14 November 2014

Inspired by Somebody

One time ago, really adore him much. Setiap kali mukanya muncul dalam paper atau majalah, pasti akan dikerat, ditampal, dan disimpan elok2 dalam album. Zaman bilamana S belom bernikah, pernah la jugak simpan perasaan dalam hati ingin menjadi isteri dia. Hikks.

Itu zaman aku muda remaja. Dreams high, beyond reality. It's all fantasy.

Kini S telah pun bernikah, 4 tahun yang lepas. Isterinya bukan calang2 orang. Sebenarnya, aku pun dah lama tak update kesah S ni, tapi last recent days, I did on my Instagram. Tut tut. Ternampak Ig isteri S. Apa lagi. Stalk la keje dia. Dari Ig hingga ke blog...sume aku selongkar. Haha.

She is a "wife, mother of two, doctor, lazy blogger, always caffeinated".

Alhamdulillah. Inspired by her.

#1
She is a medical doctor, currently further her postgraduate study in Anaesthesiology. Will become anaesthetist later, insyaallah.
(Anaesthetist=pakar bius)

#2
Walaupun terlampau busy dengan kerja, oncall, study, family, masih sempat untuk blogging, even katanya she is a "lazy blogger".

#3
Katanya, "syukurlah bagi mereka yang dapat tidur 8 jam sehari. 4 hours of undisturbed sleep pun dah nikmat baginya". Bag under her eyes are chanel. Haha?

#4
Blognya full of english words.

#5
Zaman dulu2, dia tak pakai tudung. Tapi sekarang, so nice in hijab.

#6
The rest is history......

Do you know who is she?