Sunday 24 April 2016

Perginya Dia

Dengan Nama Allah, aku bersaksi Tiada Tuhan SelainNYA, dan Muhammad itu Pesuruh ALLAH.

Aku juga bersaksi dan yakin bahawa janji Allah itu Benar dan bertemu denganNYA juga benar.

Innalillah wa inna ilaihi roji'un...
Tiada yang mampu melainkan ayat ni yang keluar dari mulut.

How shall i confess this feeling?

Diluahkan pada manusia, mereka mungkin tidak memahami dan mengerti rasa ini. Maka Allah Maha Pendengar suara hatiku.

'Tok guru meninggal jam 3.45pm'.

Seakan tidak berdenyut nadiku.
Seakan tidak berdegup jantungku.
Seakan jam sudah berhenti berdetik.

Allahu. Allah.

Terkejut.
Bukanku tidak tahu yang beliau sudah lama sakit. Bukanku tidak tahu yang beliau seringkali keluar masuk hospital. Bahkan berita tentang beliau selalu bermain2 di telingaku, tak kira samada melalui adikku, mak ataopon facebook anak beliau.

Terkilan.
Kerana...tidak sempat aku menatap wajah beliau semasa akhir hayat.
Kerana...sehari sebelom akhir hayat beliau aku diajak oleh mak untuk menziarahi beliau,namun last minit mak cakap nak pergi dengan kawan dia. Sebab inilah aku tersangat terkilan.

Beliau...tok guru yang mengajarku dan beberapa adik beradik yang lain mengaji alquran, sampai khatam. Bukan kami saje, bahkan seluruh pelusuk kampung mengenal alif baa taa hingga khatam berkali2 atas usaha beliau. Menubuhkan madrasah kecil ditepi rumahnya sebagai tempat mengajar dan belajar alquran, dan begitu gigih mengajar alquran di setiap petang selepas zuhur.

Susuk tubuh itu kulihat sangat kuat, gagah dan penuh semangat.
Tidak pernah kulihat beliau mengeluh, tidak pernah mencaci, tidak pernah keluar kata2 yang buruk. Adakala beliau berjenaka untuk menggegarkan madrasah dengan tawa riang anak-anak.

Madrasah itu sentiasa penuh dengan anak-anak kampung. Weekend lagi lah...terpaksa buat double line,duduk menghimpit antara satu sama lain sementara menunggu tok guru memulakan pengajian. Mereka yang dah lancar bacaan boleh buat 'fast track'; duduk dihujung paling kanan tok guru bagi yang perempuan, yang laki di hujung paling kiri. Sementara didepan tok guru ada budak lain yang lebih memerlukan pemerhatian. Jadi, yang fast track ni hanya perlu baca dengan lancar dan jika ada apa2 yang tak kena tok guru akan tegur. Hebat telinga tok guru kami. Budak fast track ni untung, sebab kalau datang lambat pon, nanti tok guru panggil cepat,tak payah ikut giliran pun. Time ada budak khatam, boleh makan pulut kuning dengan telur. Begitulah kehidupan zaman kanak2 yang boleh kami kongsi. Dan itulah pengalaman kami bersama tok guru.

Bila kami menginjak ke sekolah tingkatan, jarang sekali kami mengaji disana sebab ada yang sekolah berasrama, kelas tambahan, aktiviti ko dan sebagainya.

Generasi anak2 mengaji disana berganti saban tahun, sehinggalah tok guru kami diuji dengan penyakit dan terpaksa keluar masuk wad.

Bertahun aku tak jejakkan kaki ke madrasah itu. Tipu kalau cakap tak rindu. Tipu kalau cakap tak kasih dan sayang akan tok guru.

Rindu. Kasih. Sayang.

Untuk diluahkan kepada manusia? Tidak mungkin.
Beliau telah pergi menghadap Ilahi pada 16 Rejab dan beliau ialah Almarhum Rajab Bin Husin. What a coincidence!

Alfaatihah.

Semoga arwah tok guru kami sentiasa dalam rahmat dan redhaNYA. Jadikanlah kuburnya antara taman dari taman2 syurga. Letakkanlah beliau bersama orang2 yang Engkau cintai. Amiin