Saturday 6 December 2014

Brush your Teeth!

Dalam bahasa Arab, ianya dipanggil 'Siwak'.
Siwak berasal dari perkataan 'saaka as-syai' yang bermaksud menggosok sesuatu.  Perkataan 'siwak' boleh menunjukkan erti perbuatan atau boleh juga menunjukkan erti alat. (Kadang2 dipanggil miswak).

Brush your teeth, my dear. Well, they will last throughout  your life. Believe me?

>>> memori lampau <<<
Oo my God.
Aku paling tak suka bau bilik pemeriksaan gigi. Terus nak muntah. Tapi Misi2 sokmo datang ke sekolah.
'Ko ingat kami suka?' Bahahaha.
Kalau boleh, nak koyak atau buat2 hilang surat kebenaran ibu bapa untuk rawatan gigi. Haha. Korang mesti pernah buat kan?

>>> realiti masa kini <<<
Aku pelik kenapa orang takot dengan dentist. Padahal setakat tampal gigi, cabut gigi, hmm bukannya sakit ponnn. Haha. Yeke? By the way, aku tak pernah ada pengalaman kena tampal atau cabut gigi. Dulu2 takot mungkin sebab jarum, tapi sekarang jarum tu lah sahabat baik aku, to keep patients well behave. Hahaha.

My dear, jika anda takut dengan dentist. Hmmm. Cane nak kahwin dengan dentist? Bahahaha. *joking only*

Oke, my dear, firstly, jom kita tengok apa pandangan mazhab atau ijma' ulama tentang siwak.
1) Ianya sunat (menurut mazhab AsSyafie, Hambali dan Hanafi)

2) Ianya tidak wajib (menurut sebahagian ijma') - Ini berdasarkan hadith riwayat Bukhari. Daripada Aisyah RA, Rasulullah saw bersabda "Memberus itu membersihkan mulut dan membuat Tuhan redha"

Kami selalunya menasihatkan anda2 semua untuk berus gigi at least 2 kali sehari, not less than that. Bila? Waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam sebelom tidur.

Namun, dalam Islam, ada waktu2 tertentu yang ditekankan untuk berus gigi. Antaranya:

1) Ketika bangun malam untuk melakukan solat malam.
Daripada Huzaifah, "Sesungguhnya jika Rasulullah saw bangun pada malam hari, maka baginda akan menggosok mulutnya dengan berus gigi" (HR Bukhari dan Muslim)

2) Ketika berwuduk dan setiap kali hendak solat
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, "Jika tidak membuat umatku mengalami kesusahan, pasti aku perintahkan mereka untuk memberus gigi setiap kali hendak mendirikan solat" (HR Bukhari)

3) Ketika hendak membaca alquran
Dari Abu Abdur Rahman Al-Sulami, Ali memerintahkan memberus gigi dan berkata bahawa suatu ketika Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya seorang hamba jika memberus gigi lalu berdiri solat, maka malaikat akan berdiri dibelakangnya mendengar alquran. Kekagumannya dengan alquran membuat dia semakin mendekatinya hingga dia meletakkan mulut ke mulutnya, maka tidak ada sesuatu pun yang keluar dari mulutnya kecuali sesuatu itu masuk ke dalam mulut malaikat. Maka bersihkanlah mulut kamu." (HR AlBaihaqi)

4) Ketika masuk rumah
Dari Miqdam bin Syuraih, daripada ayahnya:
Aku bertanya kepada Aisyah, "Apakah yang pertama kali dilakukan Rasulullah saw setiap kali masuk rumahnya?"
Aisyah menjawab, "Baginda memberus gigi" (HR Muslim)

Sekian saja perkongsian special untuk anda.
Sebar-sebarkan. Wallahu'alam.

*Ilmu ini telah dipetik dari Kitab 'Tafsir Wanita Dalam alQuran' karangan Syeikh Imad Zaki Al-Barudi, Bab Kedua: Surah alBaqarah: Sunnah-sunnah Fitrah

No comments:

Post a Comment