Monday 29 June 2015

Taaruf

 
 
 
"Sesungguhnya, manusia diciptakan untuk saling berkenalan"
(Maksud alQuran)
 
 
Bismillah, saya mulakan post ini untuk yang pertama dalam bulan Ramadhan 1436H.
 
Sebelom tu, apa cer puasa tahun ni? Ni dah masuk fasa kedua. I guess awak2 semua pastinya ada matlamat2 tersendiri yang ingin dicapai dalam bulan ni. Begitu juga dengan saya.
 
Saya ringkaskan disini, matlamat saya untuk Ramadhan tahun ni berdasarkan 3 komponen utama, iaitu: "Bertaqwa" "Berilmu" "Bermuamalah". Eh macam moto sekolah pulak kan. Ahah. Setiap komponen2 ni ada cabang masing-masing. Malaslah nak cerita.
 
Apakah matlamat awak2 semua? Takde matlamat? Huh.
 
Sebenarnya dalam hidup kita atau dalam setiap apa yang kita lakukan, kita perlu ada matlamat, atau niat, atau tujuan dalam apa2 yang kita lakukan. Hidup kita misalnya, perlu set kan matlamat. Nak nikah? Perlu ada matlamat. Nak anak? Perlukan matlamat. Kalau tiada matlamat, saya yakin, kita akan mudah ditiup angin, ibarat lalang, ditiup ke Selangor maka ke Selangor-lah dia, ditiup ke Kelantan maka ke Kelantan-lah dia. Jadi apa cer? Fikir2kanlah.
 
Sebelum ni, saya pernah pm Tarbiah Sentap di page facebook-nya tentang apakah yang sepatutnya menjadi matlamat utama hidup kita. Lalu admin Tarbiah Sentap replied:"Beribadah kepada Allah".
 
Saya ulang: "Beribadah kepada Allah"
Lu pikir la sendiri.
 
Sama macam post saya kali ni, bukan sesaje saya menulis, buang karan aje, pastinya ada motif/matlamat/tujuan/niat tersendiri.
 
One fine day,
"Kak ya, nak tak kenal dengan kawan aku? Dia nak kenal dengan mu.", tanya adik. The only bro, yang asyik 'tak kena angin' bila bersua muka, ibarat anjing dengan kucing. Haha.
 
"What? Errr...sape kawan tu? Aku kenal ke?"
Lalu dia cerita dari awal ila akhirulayah (=hingga akhir ayat).
 
"Aku taknak direct mesej dengan dia. Cakap dengan dia, kalau dia betul2 serius, datang rumah, kenal kat rumah."
 
Adik tersentap. "Err, kenal2 la dulu, baru jumpa family"
 
Again, "Taknak!". Muktamad.
 
Seriously, saya bukan taknak kenal dengan dia sebab ego melampau, bajet poyo, bajet mahal. Tidak sama sekali. Tapi ketahuilah dan sedarlah wahai adikku, engkau, dan awak2 semua bahawasanya Islam ada menggariskan tatacara untuk berkenalan dengan pasangan yang kita berhajat kepadanya.
 
Taaruf=Berkenalan. Tak perlu saya terangkan lebih lanjut definisi taaruf ni, semua tahu kan. Tak tahu, pergilah menuntut ilmu dari sape2.
 
Saya taknak bukak 'kisah lama', mungkin dulu kita pernah buat silap/salah/dosa dalam soal mencari pasangan/cintan cintun/cinta monyet/approach orang dengan cara kita sendiri yang kita anggap ianya betol, sedangkan ianya exactly salah dari sisi syariat. Semoga Allah mengampuni kita, menutup aib kita dan mengeluarkan kita dari penjara dosa. Amiin.
 
Berbalik kepada taaruf.
 
Dalam Islam, taaruf dengan niat untuk mengenali pasangan yang kita berhajat kepadanya bukanlah dengan cara kita berhubungan secara direct dengan dia, tetapi perlunya kehadiran orang tengah. Orang tengah disini boleh jadi family members sendiri, ustaz/ustazah, atau mahram yang boleh kita percayai. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku fitnah dan untuk menjaga kesucian hubungan, kerana pernikahan adalah sesuatu yang suci. Jadi mulakan ia dengan cara mengikut syarak, supaya diakhirnya dengan syarak jugaklah kita disatukan, In Sya Allah. Jangan sesekali dikotori dengan dakwat dosa, sedarlah dosa2 kita yang lain pun dah terlampau banyak. Allahu!
 
So apa nak buat masa taaruf? Adakah sekadar, kau tengok aku, aku tengok kau? Huh. Sampai ke sudah tak kawen.
 
Dalam ceramah dari ustaz Nik Nasri, (boleh search blog ustaz, taip je Nik Nasri atau Fiqh Munakahat) beliau mengupas tentang fiqh munakahat. Bagi yang nak tuntut ilmu pasal nikah kawen, boleh la dengar ceramah ustaz ni. Katanya, 2 benda yang perlu lelaki lihat pada perempuan sewaktu proses taaruf, iaitu:
1) muka
2) tapak tangan

Sebabnya....ini saya taknak bagitahu, awak2 cari sendiri ceramah ustaz tu. Haha.
Perkara ini sunat untuk buat tau! It's sunat!
 
Tetapi, diingatkan, kena berjaga2 dengan pandangan dan jangan bertentang mata pada waktu yang lama. Kalau mata kabur dan tak pakai spek, itu lagi bagus rasanya, naseblah kau! Sape yang senaseb dengan saya, yang memerlukan sedikit masa untuk kembali fokus melihat benda jauh, haha naseblah labu...
 
Ini saya kongsikan dari buku Tarbiah Sentap, by Ustaz Adnin Roslan. Katanya, semasa proses taaruf, bertaaruflah sepuas-puasnya.
Noted?
 
Kemudian, berbicaralah/berbincanglah dengan baik. Kun anta! (=Be yourself)
 
Saya tahu, kedua2 pasangan yang sedang bertaaruf ni, "segan" "malu" "krikkrik". Tapi nak buat macammane, ini jalan yang kau pilih! Haa, kau pilih!
Sampai bila tak kawen kalau  "malu" "segan" "krikkrik".
 
Walaupon ianya krikkrik, pastikan ianya berbaloi dan mencapai matlamat kenapa kita nak bertaaruf dengan dia.
 
Selepas sesi taaruf, now you have to go back, think and make a decision.
 
Keep calm and solat. Solat taubat, solat hajat, solat istikhoroh.
Minta pandangan family, orang2 berpengalaman, orang2 beragama.
Moga2 Allah menunjukkan jalan yang terbaik untukmu.
 
Sumber: Tarbiah Sentap karya Adnin Roslan
 
Saya seriously serious bab2 nikah kawen nih, walaupun kau tak nampak aku serius, huh. So jangan sesekali main2 dengan saya.
 
Ingatlah wahai lelaki, sekali kau main2kan hati perempuan, 1000 kali perempuan akan main2kan hati kau.
 Karma Allah tetap akan berlaku, kalau tak didunia, pasti diakhirat.
Takot? Haha.
Makanya, betolkan niat kau. Jangan taaruf semata2 untuk suka2/keseronokan.
 
Sumber: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka
 
P/S: Saya hanya ada satu hati. Kalau sebelom ni ianya pernah retak, tak mustahil ianya mudah hancur berkecai. Nak bagi gam gajah? Useless.
 
 
Takot? Ahaha. Rilex brader.
Keep calm and solat.
 
 
Lastly, I shall conclude my post with this poem, just special for you.
 
"Be my companion,
and
I'll be your condominium."
 
 
Ahah. Goodbye!
 
.12 Ramadhan 1436H.

Friday 5 June 2015

Dentistry: My first choice?

Bismillah.

*mood study week*

Tak sangka jalan ini bukan jalan sebarangan, tak sangka yang dulu aku pernah pilih "Dentistry", siap first choice lagi. Tak pernah terfikir untuk jadi Dentist. Bukan cita2ku. Namun, takdir Allah menentukan aku berada dlm bidang ni..mungkin hikmahnya aku tak nampak sekarang, In Sha Allah sooner or later pasti aku nampak betapa indahnya ketentuan dan taqdir Allah.

Sepanjang proses pembelajaran dari pasti, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, dan U, inilah proses yang paling susah, no life kot, tak mampu nak cerita kat orang lain, melainkan dengan orang2 yang mengalami kesusahan yang sama dalam bidang ini..and dats why Abah said "Dia taknak bertunang" dan dats why I simply gave my simple reason "Nak suruh family yang carikan". Just forget what was happened before, just step forward.

Allah Allah Allah...
Seringkali aku mencari dimana Allah ketika aku sangat tak mampu berjalan kerana ujianNya yg sangat menguji kesabaranku...aku lupa yang Allah tidak bertempat, DIA ade dimana2...Aku meminta kepadaNYA,padahal dalam masa yang sama,aku berbuat dosa kpdNYA...astagfirullah....malunya aku kepadaMU.

Bila seorang kakak nasihat "usaha,dont give up,doa,tawakal", itulah selama ini yg aku praktikkan...mungkin ianya tak smpai ke tahap yg Allah nak...sebab tu belom tiba masanya untuk Allah makbulkan...biarlah,kalau bukan didunia,insyaallah diakhirat..amiin

Final exam kali ni pelik sikit dari kebiasaan. Biasanya sebelom raya dah setel semua exam. Tapi, kali ni raya keempat kitorang start study week. Seminggu je. Then exam dua minggu. Seriously banyok giler tak study lagi. Allahu. Bantu hambaMU ini yaAllah. Permudahkanlah YaAllah.

PS: Sekarang tengah rehat di Masjid UKM. Stay kat Kajang sebab Husna takde orang jaga, umi abi dia kerja. Esok boleh balik KL dah sebab Aunty Husna yang lain datang jaga dia esok. Ni lari ke masjid sebab takboleh study kat rumah.haha. oke,dah nak maghrib ni.

.Doakan saya.