Saturday 27 September 2014

Antum tanya, ana jawab.

"Awak nampak sombong". Pengakuan berani mati alBunut Susu.
~Yes, I am. Memang saya perlu jadi sombong, sombong kepada lelaki ajnabi. Itu sebagai perisai saya, kalau saya bagi muka kat mereka, saya akan 'hancur'. Saya tak kesah kalau lelaki cakap macam tu, sebab Allah tak memandang luaran saya, tapi dalaman. Awak tak tahu reason disebalik kesombongan itu, jadi saya takkan menghukum awak.

"Lelaki tu mintak tolong bagi hadiah ni..."
~Maaf saya sukar untuk menerima, terutama yang berbentuk pakaian dan makanan. Apatah lagi, jika ianya daripada lelaki anonymous. Annoying je. Saya taknak ada rasa terhutang budi, sebab sukar untuk membayar budi, takut nanti memakan hati, susah nanti.

"Maaf, dia taknak bertunang.." cakap Abah.
~Saya banyak kali dah cakap, saya taknak ada apa2 ikatan sebelom saya bergelar dentist. Sukar untuk faham?
Bukan berniat untuk jual mahal, tapi perlu jual mahal kan?hekkk.
Tidak....actually, saya taknak ada rasa terbeban sewaktu study dengan tanggungjawab memikul janji, janji untuk bernikah. Kan, tunang itu step selepasnya nikah. Ianya ibarat janji untuk bersama2 ke arah pernikahan.
Tetapi, bukanlah bererti tidak perlu membuat persiapan ke arah pernikahan sewaktu study ni..bersedia dari segi ilmunya, skillnya, mentalnya, fizikalnya, dan rohaninya...tetap perlu bersedia, walau tiada apa2 ikatan sekalipon..study pasal gigi pon, tetap kena study pasal munakahat ni. Kalau bukan masa ni nak study, masa bila pulok?

"Nikoh?"
~Allamakk...saya still studying,  so my priority,  my awla buat masa ni, adalah belajar. Saya tidak pernah menghalang mana2 kawan yang masih belajar untuk bernikah. Silakan.
Tapi saya, saya ada matlamat tersendiri.

"Lama sangat nak tunggu ni..."
~Dear Kumbangs, Bunga bukan sekuntum. It's Bungas.
Usah terkejar2. Kejar ilmunya dulu, baru kejar praktikalnya. Ilmu takdak, nanti praktikalnya tunggang terbalik. Awak tahu pasal haid, nifas, wiladah, istihadah? Kalau isteri awak kemukakan kemusykilan pasal ni, awak yakin boleh bagi jawapan yang mantop? Atau, awak suruh isteri awak pegi tanya ustaz/ustazah? Malu, bro!
Kalau rasa 'masa menunggu' terlalu lama, maka pergilah menuntut ilmu, disebabkan banyaknya ilmu2 ni berserta huraiannya, nescaya masa itu menjadi singkat. Eh?

"Ada whatsup tak? Boleh kita contact via whatsup.."
~Memang saya ada whatsup, tetapi nombornya, rahsia. Hanya familia and kawan2 muslimat saje yang saya bagi.
Tahu kenapa?
Whatsup nampak lebih open berbanding 'conventional message'. Dengan pelbagai simbol, gambar, tambahan free pulak tu, lagilah kita akan 'bermudah' untuk saling berbalasan. Nanti lama2 takot tersangkut hati la pulak, bahaya! Ye idok?

"Muslimin ada jemput pegi umah dia, jom pi ramai2..."
~Oppss, sorrrryyyy... Kalau sekadar pergi untuk makan2 dan bersukaria, I'm sory, takboleh pergi. Melainkan ada emergency atau keperluan yang betul2 keperluan. Bukan bermaksud taknak panjangkan silaturrahim, tetapi isunya tidak perlu dipanjangkan lagi, sebab masih banyak rumah muslimat yang belom dikunjungi, kenapa beria2 nak pegi rumah muslimin?

"Kursus kawen...saya nak pegi dengan bakal suami la.."
~Ini yang merisaukan.
Kalau antara awak dan bakal suami ada mahram, maksudnya, orang yang boleh diharapkan untuk mengelakkan berlakunya perkara2 sumbang antara awak dan bakal suami, takpe jugak.
Persoalannya, kenapa nak pegi sekali dengan bakal suami? Perlu ke?
Saya fikir, better or best pergi asing2, tempat lain2, dan waktu lain2.
Bakal suami, masih haram.
Suami, baru halal.

.Allah lindungi kami.

Wednesday 3 September 2014

20 things...

Prefer not to do, but still pretend to do, and now it was done.
Here are 20s:

1. I'm 23 yo. *it sounds old

2. Saya paling tak pandai nak describe pasal diri sendiri. *krisis identiti

3. I'm Kelantanese. My ma lahir dan bersekolah di Thailand. My abah pulak, lahir di Kelantan, sekolah campur2, ada kelantan, ada Teganu. But, eventho saya lahir dan dibesarkan dalam budaya Cik Siti, saya tak minat sangat nasi kerabu. Keropok takyah cakap la,meme feberet!

4. Saya suka makanan pedas, kadang2 akan gigit cili untuk merasai nikmatnya makan. *ahah?

5. Saya tak suka sangat biskut raya, kalau kek, boleh la tahan.

6. Sepanjang hidup, saya hanya pernah buat kek cokelat and kek carrot je. Pernah dulu saya cuba buat biskut raya, tapi tak menjadi, siap kena gelak lagi. *so, malas dah nak buat biskut raya

7. Really love my family members much. Love. Infinity. Unbeatable. Unlimited edition. *SE?

8. My siblings: 4 perempuan, 4 lelaki. 3 kak ipar, 2 abang ipar.
My anak buah: sedozen+1 = total?

9. Out of 8, the only me and my 20-yo-bro yang masih belajar. So, kena bagi duit raya tau. Me and 'this' bro, always macam kucing dan anjing. Selalu berkelahi. Asyik tak kena hangin. Kadang2, satu rumah berkejaran sebab tak puas hati. *hiks,tak matang lagi?

10. Saya ada abang kembar. Abe dan adik. Pernah dulu bergaduh dengan si adik, tapi si abang pulak masuk campur. 2 3 hari jugak tak bercakap. Sekarang, dua2 dah bernikah, ber-anak dua dah pun.

11. Saya seorang yang ambitious, since zaman tadika.
-dulu, saya nak jadi pilot. Hampir2 nak isi borang APFT. Tapi tak dapat support dari family. *APFT=asia pacific flight training

-saya jugak bercita2 nak jadi seorang model. Coz I'm an aesthetic lover.

-tapi akhirnya, saya ditakdirkan untuk belajar ilmu pergigian.  InsyaAllah,  Ogos 2015, saya bakal jadi dentist. *amin

12. Saya seringkali design baju untuk diri sendiri, eventho lukisan tak lawa. Kali ini, saya tengah mencari idea untuk design baju pengantin, gaya 'cover aurah properly'.*untuk diri sendiri mungkin

13. Disebabkan minat ini, saya bercita2 untuk bukak butik muslim suatu hari nanti. Butik ini akan combine dengan klinik pergigian yang akan dinamakan sebagai 'Klinik Pergigian Saladin'

14. Saya perhatikan, orang lelaki kelantan bersifat panas baran. Dan saya jugok perhatikan, orang2 tua selalu 'merajakan' anak lelaki. *tertakluk kepada terma dan syarat, oke!

15. Saya mengakui 'arrijal qawwaamun ala nisaa'. Mereka sekadar pemimpin,  bukan nya raja yang berkuasa ke atas perempuan.

16. Saya perhatikan, orang luar lebih bersifat terbuka. Lelaki, ayah@suami,  tanpa segan tanpa kekok, boleh buat kerja2 rumah,yakni, kerja2 yang kita selalunya fikir itu adalah 'kerja perempuan'. Contohnya: memasak, siram pokok, jemur baju.
Jadinya, kerja2 rumah tidak menjadi bebanan kepada perempuan apabila lelaki bersifat terbuka macam ni.

17. Melalui pemerhatian ini, saya dan kakak pernah terfikir untuk 'meluaskan wilayah' kepada orang luar * T_T
Tapi segala jodoh pertemuan ada di tanganNYA.

18. Saya belom bernikah, asyik tertanya2 di mana nak cari calonnya...*nak nikah pun kena usaha tau!
Jawabnya kak ipar, "doa untuk dapatkan yang terbaik"
*ehe, mana tahu, yang terbaik ada depan mata, tapi hati je belom nampak

19. Saya ada matlamat jangka hayat dari 2014-2025.
Panjang la pulak kalau nak cerita. Takyah la.
*2025=umur dah 34 tahun, sounds mature enough.

20. Saya nak nikoh dalam usia yang muda. Usianya, tetap rahsia oke!
*jange lupo isi borang baitul muslim.hikxxx

Penat dowh fikirkan 20s ni...cuba anda buat, anda akan kenali diri anda macam mana. Macam sesi muhasabah diri pulak.

.Live ur life to the fullest.