Monday 5 January 2015

Aku Anak Kampung: Hai Bang Polis!

Bismillah, Assalamualaikum wbt..

Alkesah... Ini berlaku semasa umur aku nak mencecah 20-an. Tak silap masa ni still belajar kat matrikulasi.

Time tu, aku tak reti bawak motosikal. Jadi kalau nak pergi ke pasar kena pergi dengan mak, atau rempit dengan kawan, kawan sejati sejak dari sebelom tadika, namanya Izz.

Pada satu hari, maka aku dan Izz bercadang untuk ke pasar, apa lagi kalau bukan Pasar Jelawat. Disebabkan aku tak reti bawak motor, so kitorang berdua membonceng motor merah kepunyaan Abah, Izz yang bawak, aku setia memeluknya kat belakang. Ahaha. Motor Abah tu Toyota Yamaha tak silap aku. Apa yang dibanggakan dengan motor ni adalah, selain enjinnya yang berbunyi kuat giler hingga membelah kesunyian keheningan kampung pada waktu pagi, which ianya membuatkan aku risau admirer akan skodeng bila motor ni lalu depan rumah dia *ahahah*, nombor plat motor ni jugak membuatkan aku bangga, iaitu "DN", stands for Darul Naim.

Macam biasa, kami ni liat sangat nak pakai helmet, berat kepala weh! Lagipun kami ikot jalan kampung je, jadinya tak pernah pakai helmet, dengan harapan polis MC hari ni. Haha. Sengal!

Dengan lafaz Bismillah, Izz memulakan pemanduannya membonceng aku. Sambil2 layan kesejukan kedinginan angin pagi dan mengimbau nemori lampau, kerana antara kami terlalu banyak memori daun pisang di kampung ni.

Hampir2 sampai ke kawasan pasar, ada satu jalan berbukit dekat simpang tiga sebelom betul2 masuk ke kawasan pasar. Sekarang ni, kalau tengok belah kiri jalan, ada kawasan tempat letak kereta, dulu2 hutan rimba kat situ.

Nak dijadikan cerita, disebabkan jalan ni macam berbukit, dan ianya bersimpang tiga, kami tak perasan abang polis sedang membuat operasi kat bahagian simpang ke kiri. Mulalah terkejut. Sebab tak pakai helmet. Motor pulak bunyik kuat giler, abang polis memang sure akan dengar dan nampak kami. OMG!

Si Izz pulak, dia gabra lebih. Kat tengah2 jalan berbukit tu, boleh pulak dia bikin drama tengah2 orang berkalut nak lari dari abang polis. Aku mula heran kenapa motor ni tak gerak. Statik jer kat tengah bukit tu. Tapi enjinnya tetap mengeluarkan bunyi yang kuat. Bunyi je kuat, geraknya tak. Apa kena dengan "toyota" Abah ni. Time ni lah nak buat hal, depan abang polis pulak tu.

Kenapa? Kenapa?
Izz lupa nak tukar gear! Err! Patutlah motor tu berat nak gerak. Ahahah.

Lepas habis bikin drama sikit tu, baru dia teringat nak tukar gear, dan barulah motor tu mahu gerak. Biasanya kami lalu simpang belah kiri, tapi sebab polis ada kat situ, jadi kami direct ambik straight. Laju jer meninggalkan abang polis. Sempat aku pandang mereka kat hujung simpang kiri tu, mereka sedang gelak besar! Cheh!

Sekarang motor merah Abah dah rosak. Hantar masuk workshop Apek. Apek cakap, "Ini barang lama, susah nak baiki"

Sekali nak dijadikan crita, motor tu tak mahu hidup. Hmm nazak sangat agaknya. Tapi Apek tak putus asa, dia cuba lagi, barulah motor tu hidup, tapi....masalah baru timbul.
Katanya Apek "ini motor berhantu la, dia tak mahu stop!"
Ahaha.
Padan muka kau Apek cakap ini barang lama. Hoho.

PS: Sekarang pon pergi pasar tak pakai helmet, tak insaf lagi.