Friday 28 November 2014

Abah selamanya...

Masih terdengar sayup2 azan dalam kedinginan pagi hari. Terasa sebak,tapi aku tetap berusaha untuk menghalang titisan air mata dari jatuh. Allah! Begini agaknya berpisah semata hanya kerana-Mu. Namun,titisan2 jernih air mata jiran2 tetap ada,mengiringi langkah ma dan abah. Terpancar sikap kejiranan. Pagi itu tetap dalam ingatanku.
 
Wajah abah berseri2, bagaikan tak sabar untuk berada di sana. Seumur hidup abah hanyalah memerah keringat tulang 4 kerat untuk kami sekeluarga, tanpa mengeluh, kali ini biarlah abah berehat, meluangkan masa untuk beribadat sepenuhnya kepada Maha Pencipta. Dan Allah Maha Kaya, masih memberi ruang nafas kepada abah, selepas segala dosanya dibersihkan melalui datangnya sakit 6 bulan lalu. Alhamdulillah,  abah dikurniakan kekuatan untuk masih meneruskan tugas sebagai hamba yang mengaku beriman.
 
Dahulu, aku dibesarkan dalam suasana kampung, yang mana kasih sayang disampaikan dalam bentuk yang sangat berbeza. Aku diasuh untuk menghormati dan mentaati sehingga aku menjadi jauh dan sangat takut dengan abah. Bukan aku seorang, bahkan adik beradik yang lain pun sangat patuh akan segala perintah abah, semuanya sebab takut. Abah sememangnya jarang keluarkan suara kuat, tak pernah tangannya hinggap kat mana2 bahagian tubuh anak2nya, tetapi, bila saja abah berdehem, anak2 yang bising atau berkelahi, semuanya akan diam terus. Hebatnya abah.
Aku masih membesar dan belajar. Aku melihat, suasana kasih sayang antara ayah dan anak di kawasan bandar sangat berbeza berbanding di kawasan kampung/luar bandar. Kasih dan sayang mungkin sama, tetapi the way it has been conveyed, itu yang a bit different. Ini apa yang aku lihat dan perhatikan sepanjang hampir 5 tahun merantau di bandar.
Key-eL uoolls!
 
Mereka berada di tanah Arab selama hampir dua minggu. Bersama besan dan juga kawan mereka.
 
Dari KB ---> KL ---> Jeddah ---> Mekkah dan Madinah ---> KL ---> KB
 
Keesokan harinya, dapat panggilan dari Abah. Yey! Aku orang pertama dapat call dari Abah, sebab waktu tu, aku seorang je tengah cuti. Cuti midsem. Orang lain kerja.
Dari suara Abah, jelas dan nyata, Abah memang happy berada disana. Alhamdulillah.
Semoga segala urusannya dipermudahkan.
 
Abah.
Tiadalah cinta bapa kepada anaknya melainkan cinta Abah. Walau datang lelaki hensem sekalipun menabur bunga2 cinta, rasanya belom mampu menandingi Abah. Walau kata cinta tidak diucapkan, tetapi cinta tetap bersemi melalui tanggungjawab, keprihatinan, bebanan yang dipikul sejak mula2 bernafas hinggalah kini.
 
Jasanya.
Terlalu banyak. Tak terhitung.
 
Moga Allah membalas segala kebaikan Abah.
Moga Allah tempatkan Abah di syurga yang selayaknya.
Moga Allah jauhkan Abah dari api neraka jahanam.
Moga Allah pertemukan daku dengan Abah di dalam syurga.

#anAdorableAbahEver

 

No comments:

Post a Comment