Sunday 15 February 2015

'Ku Waqafkan alQuran untukMU'

Bismillah.
Alhamdulillah. Hari ni berkesempatan untuk menaip.
Just bear with me! Ahaha.
 
PS: This blog is not commercially exposed to the public, I knew it, but at least, I have 'something' that can be my 'throwback' in the future.
 
31 Jan 2015 Sabtu

Kami ke Kuala Krai, Kelantan.
'Kami' = Sebuah kereta je pun. 6 orang dewasa, 3 kanak2.
 
Abah, the driver.
Ma, the conductor.
Kak Mie, the AJK makanan.
Kak Aishah, the camerawoman.
Shimah, my friend, the follower.
Me, the boss.
Anak2: Humaira, Wafa, dan Alya, the entertainers.
*hahaha*
 
Supposedly, 3 kereta.
1 kereta abang sulong, tapi tak jadi pergi, entah sebab apa, tak sempat nak ambik kesah. Hihi. Well, he is a workaholic, walhal dia yang bersungguh suruh cari sumbangan, lol.

1 kereta lagi, si Azuan Zain pergi separate, bersama family kawan dia. Katanya nak jumpa di sana, tapi tak jumpa2 pun.
 
At last, 1 kereta jer.
 
Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 2 jam untuk sampai ke bandar Kuala Krai. Lihat gambar2 di bawah ini. Tidak perlu penjelasan rasanya, the pictures themselves will tell you the story.
 


 






Cuba tengok betul2, ada beza warna kat batang pokok getah.
Itulah level air.
 
 
Dari bandar, kami menjenguk stesen kereta api, yang katanya tergendala ketika banjir. Sewaktu kami sampai, kerja2 pembersihan sedang dijalankan, tapi melalui mata kasar tiada apa2 yang terjejas kat bahagian rel kereta api.
 
Kemudian, kami teruskan perjalanan ke 'Tangga Krai'. I bet this name arises because of the long stairs, yang menyambungkan Keluat dengan kawasan bandar.
 
Tangga Krai


Wafa dan Humaira

Gigihnya orang ni.
 
 
Keluat adalah kawasan overseas, oppps overriver instead, disebabkan ianya dipisahkan oleh sebatang sungai, dan penduduk2 disana menggunakan bot atau sampan atau perahu untuk datang ke kawasan bandar. Hanya bayar se-riyal, then anda akan sampai ke Keluat.
 
Jeti untuk ke Keluat

Nak tahu air bah naik sampai mana? I hope you can appreciate gambar pokok ni.
 
Cari benda tersembunyi. Haha
 
Kami tidak sempat menaiki pengangkutan air untuk ke Keluat. Cuma lihat dari jauh, dan bertanya khabar dengan orang yang lalu lalang kat tangga ni. Menurut mereka, Keluat dulunya dipenuhi dengan beratus rumah, namun dalam nahas banjir, kini tinggal 2 buah rumah SAHAJA.
 
Selepas itu, kami menuju ke Manik Urai Lama. Lebih kurang setengah jam dari bandar untuk sampai ke sana. Sebelum betul2 sampai ke Manek Urai Lama, kami berhenti sekejap di kawasan kediaman sementara, ie khemah putih untuk menyampaikan terjemahan alquran. Khemah ini adalah ihsan dari NGO. Guess who? Yaw, ahli Parlimen Kuala Krai.
 




 
 
 
2 hari sebelum kami sampai di sana, PM Najib ada datang buat lawatan kemanusiaan. Menteri Zahid Hamidi pun pernah datang jugak waktu awal2 air surut.
 
Kami teruskan lagi masuk ke kawasan Manek Urai Lama. Melihat 'kemusnahan dalam sekelip mata'. Allahu. Sambil berhenti sekejap2 untuk edarkan terjemahan alQuran.
 
 
 

Betul, suasana sangat messy, dan udaranya berhabuk, jalan pun masih becok, yang jalan bertar pulak dilitupi dengan tanah. Hari tu panas terik. Kebetulan, opppss takdir Allah, pada hari yang kami pergi ke sana, ramai anggota sukarelawan membuat kerja amal, dan kenderaan berat keluar masuk kawasan, menambahkan kesesakan dan kesibukan, agak sukar untuk kami berhenti di tepi jalan. Jalan yang tak rata, dan becok pulak, sebenarnya lebih sesuai kalau naik HILUX atau 4WD.
 






 
 
 
Kami keluar dari kawasan Manek Urai Lama, dan menuju ke masjid, hmm apa entah nama masjid ni. Solat. Makan. Dan kemudian ke Pondok Sungai Durian.
 
Kitab2 yang musnah. Di rumah Ustaz Basit Haji Abd Rahman.

Kerja2 pembaikian dan pemulihan sedang dijalankan.
Yang baju merah tu, dari Unit Amal.

Pondok
 
Rupanya, pondok ni tak kurang glamour nya. Untuk info pasal pondok ni, boleh tengok blog ni: http://www.pondoksgdurian.com/index.php
Bertolak balik. On the way back, singgah Kolam Air Panas Labok, Machang.
 
Sepanjang jalan, tidur je kerjanya, because semalam tidur lambat.
 
---- Balik dari Teganu (Walimah Keluarga Besan)
---- Ke bookstore again, last minit ramai la pulak bagi duit, so memalam hari hang up kat bookstore dengan kak and abang, ingat senang nak pilih terjemahan? Dush!
---- Touch up necessary things untuk program hari ni
---- Tampal sticker kat terjemahan
---- Then, baru boleh tidur
 
 
Proses pemilihan terjemahan alQuran
 
Bersama abe (in the scene) dan kakak(behind the scene)

127 buah naskhah, grossly total RM3000


Sticker program kami.
 
 
1 Februari 2015 Ahad
 
Hari kedua, kami terjah ke kawasan Pantai Mek Mas, Kuala Besar, dan Tok Sadang untuk mengagihkan terjemahan alQuran yang masih berbaki.
Gambar2 sangat limited, disebabkan kurang kakitangan. Haha.
 
 
By the way, kredit to my sista, for all the photos. And to those who gave lots of efforts in this programme. And also, to you, who gave the sumbangan and prayed for the success of the programme, I really appreciate it, thank you very muchmuchmuch.
Sekian.