Friday 24 July 2015

Aku Anak Kampung: Teratai Mekar

Alkesah.

Oppss.

Bismillahirrohmaanirrohiiim.

Aku dongakkan kepala ke langit. Melihat keagungan kekuasaan Allah. Lalu hati berfikir, macammana Allah ciptakan langit tanpa ada tiang? Sungguh, manusia fikirannya terhijab. Sejak dari kecil, aku selalu lihat langit, dan daripada situ, terilhamlah cita2 untuk menjadi pilot, angkasawan, opps angkasawati dan seangkatan dengannya. Time naik kereta dengan Abah, terutama waktu malam, aku pasti akan tenung keindahan di atas sana, mencari buruj dan bintang kejora. Sampai sekarang, habit tu tetap ada, tambah2 bila terasa dunia ni sangat berat untuk aku harungi, bila terasa air mata hampir2 menitis, dan bila mana aku mencari, siapakah aku yang sebenarnya dan kenapa aku hidup. Nescaya, kemudiannya hati akan mula rasa tenang, sebab terasa betapa kecilnya masalah jika dibandingkan dengan keluasan langit.

Sekitar 15 tahun yang lepas....

#Trobek

Suasana dikampung pada petang hari sangat nyaman dan aman. Udaranya segar dan bersih. Berbeza sungguh dengan keadaan KL. Jem-Bising-Lautan Manusia yang pelbagai ragam-Panas-Hujan-Banjir Kilat-Guruh-Kilat-Petir-Bangunan Pencakar Langit-so on.

Aku dongakkan lagi kepalaku ke langit. Terlihat burung2 berterbangan, bebas ke sana sini, mencari rezeki, mencari pasangan. Teringin sekali untuk terbang seperti burung. Er, sound very day-dreaming. Haha.

Bangun dari mimpi, terus teringat janji dengan 3 sekawan (ehh jangan percaya), iaitu merayau merayap keliling sawah.

Seperti yang di rancang, aku Ecah Jati dan Ana berbasikal menuju ke sawah. Sawah ni cantik, ada anak sungai. Air bersih. Sekarang? Bukan macam dulu.

Ketika tu, teratai tengah kembang mekar. Musim bulan mengambang katakan. *sarkastik*

Anak2 dikampung pada petangnya kalau tak main ten-ten guli pondok2 lompat tikus (tak sure nama betolnya apa), merayau-merayap lah kerjanya, tambahan pulak kalau Pengajian alQuran di rumah tok guru habis awal. Tak jalan kaki, kayuh basikal. Time ni motor tak glemer. Haha. Ohh well, seingat aku basikal aku kaler biru dan riwayat basikal tu diakhiri dengan eksiden langgar lari oleh sebuah lori kilang besi buruk. Ehh jangan percaya!

Gigih kami berempat kayuh basikal mencari port yang sesuai di kawasan sawah tu. Tudung yang bersalut dikepala tidak lagi dihiraukan senget benget carca marba, zaman kanak2 yang belom mengenal erti "aesthetic". Haha. Sekali sekala kami melajukan kayuhan dan berlumba2 sesama sendiri.

Sampai ke satu tempat, kami memberhentikan kayuhan kami kerana tertarik dengan keindahan teratai yang sangat mekar, cantik, dan ayu ibarat puteri raja sedang beradu. *krikkrik*. Seakan ada tarikan graviti dari teratai, sehingga menarik perhatian kami. Ini betul2 teratai atau jelmaan puteri beradu yang seringkali dikaitkan dengan kesah seorang puteri raja yang dihanyutkan ke sungai selepas dilahirkan oleh gundik diraja dan kelahirannya tidak direstui oleh maharani. Ehh jangan percaya hahha. Mungkin itu kali pertama kami menjumpai teratai mekar seperti itu. So jadi takjub. Dah la besar, pink kaler, kembang menghadap cahaya matahari yang dah hampir nak turun, dan dia dominan sehingga menarik hati kami untuk memetik.

Ana cuba memulakan operasi memetik teratai, ibarat memetik puteri di pinggiran. Haha. Masalahnya, posisi teratai tu agak jauh sedikit dari tepian tebing sungai. Jadinya, kami perlu menarik batang2nya yang berselirat bersimpang siur tu untuk bawak teratai ni lebih dekat dengan tebing. Usaha demi usaha kami menarik batang2 yang berat. Terpakai jugak kudrat kami ni. Posisi teratai makin lama makin dekat. Syukur. Kami dah hampir2 berjaya.

Ana cuba menarik lagi batang teratai, dan dia cuba gunakan lagi satu tangan untuk memetik teratai.

Then....

The disaster...

Gulp!

Kepala Ana tersembam ke dalam air sungai.

Kami takdelah panik sangat, sebab tahu Ana pandai berenang. Ehh jangan percaya!

Panik?
Tak!
Serius!

Jati Ecah dan aku: GELAK

Aku ulang, GELAK.

Synergistic effect GELAK 3 orang ni boleh dengar separuh kampung kot.

Bukannya nak tolong selamatkan Ana cepat2. Gelak is the priority. Itulah namanya BUDAK.

Lepas dah gelak sakan dalam 2 3 minit, baru kami tarik kaki dan badan Ana. Teratai tak berjaya dipetik, tapi air sungai berjaya ditelan pahit.

Ingat masa tu nak buat CPR. Haha. Tapi not indicated, Ana masih boleh bernafas.

Teratai oh Teratai. Kami tinggalkan teratai mekar dan pulang ke rumah. Harapan kami untuk dapatkan teratai dibiarkan begitu saja. Ingat nak keringkan dan extract buat bedak sejuk. Hahha.

Itu memori 15 tahun lepas, tetap dalam ingatan. Setiap kali lalu jalan sawah, mesti teringat kesah teratai mekar bak puteri beradu. Dan tambah rindu akan Ana. Rindu akan zaman BUDAK. Rindu akan TERATAI. Ohh rindu akan BASIKAL BiRU.

Kicauan burung bergegas pulang ke sarang menyedarkan aku, hari dah nak malam, lalu aku berhenti #Trobek.

Pesanan Penaja: Sesuatu ayat yang diakhiri dengan "ehh jangan percaya", ianya bermaksud "tiada saintifik evidence yang membuktikan, atas idea kepala saya sendiri."

Sekian.
Wassalam.