Friday 10 October 2014

NikahHalal

Nikoh. Nikoh. Nikoh.

Hampir setiap hari 'Nikoh' meniti di bibir kawan2 se-course. Tidak boleh dipisahkan. Asyik ada masa lapang je, buka bulatan, then start the topic. Ahah.

Lumrah. Fitrah.

Manusia diciptakan berpasangan. Pelik jika tiada perasaan untuk berpasangan, untuk mencintai, dan dicintai.

Faktanya, kami terlalu stress dengan klinik, assignment, research,  dan bermacam-macam lagi. Jadi, penghilang stress adalah berusrah dengan tajuk 'Nikoh'. Haha. Kalau tak gosip pasal senior2, ada2 je yang gosip pasal procedure unit baitul muslim.

Ya. Memang umur2 kami ni dah layak untuk nikah. Sebab tu asyik duk bercakap pasal nikah:
-Pasal takde orang nak.
-Pasal banyak sangat orang nak,taktahu nak pilih.
-Pasal tolak pinangan.
-Pasal istikhoroh, dah buat, tapi belom dapat sign ape2 pun.
-Pasal rasa tak cukup baik untuk dapat lelaki baik.
-Pasal takot jadi loser, nikah paling lambat in batch.
-Pasal kat mana nak cari pasangan
-Pasal tunggu lelaki, macam takdak bagi sign apa2 pun, yeke nak?
-Pasal, 'Azra, tolong jadi orang tengah, carikan pasangan untuk saya'.

Huh.

Macam2 pasal yang diutarakan. Risau. Takot. Haru pun ado.

Yelah. Makin hari, makin bertambah usia. Kalau bukan masa ni untuk mulakan langkah berusaha ke arah 'baitul muslim', bila lagi, ye idak?

Kawan2. Jangan terlalu risau. Setiap orang ada pasangan masing2, cuma masanya yang berbeza. Lambat atau cepat, bukanlah bererti kita perlu berhenti berusaha. Jangan lupa doa sekali tu.

Sabar menunggu saat Allah pinjamkan hambaNYA untuk membimbing dan melayari bahtera bersama2, lantas selepas itu, say Alhamdulillah.

Usaha.
Sejauh mana perlu usaha untuk jodoh?
Saya pun takdak jawapan untuk soalan ini. Tapi, cubalah usaha bersungguh2, jangan main2 dalam soal nikah kawen ni.

Pesanan untuk lelaki:
-Jangan terlalu lembap dalam soal ini. Anda tak tahu, perempuan tertunggu2 approach dari korang (dengan cara yang betul,ok!), sehingga mereka confius untuk menerima lelaki lain. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Jadi mulakan langkah anda, wahai gentleman, nak nikah ke taknak? Takkan nak tunggu mimpi perigi cari timba?

Pesanan untuk perempuan(*untuk diri sendiri jugak)
-Jangan terlalu mengharap approach dari lelaki yang kita sukai. Mungkin, yang disukai itu bukan yang terbaik. Dan sebaliknya. Gila bayang nanti. Teruslah mengharap pada Allah, Maha Pencipta belahan jiwa.

#nikahhalal