Saturday 4 April 2015

Tarik aku ke syurgaNYA!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alkesah. Fakulti saya bersebelahan dengan Hospital Kuala Lumpur. Kalau keluar pintu dari arah kaunter pendaftaran, kaki akan terus menjejak bangunan Kompleks Pakar Harian, HKL. Saya dan seorang kawan saya berjalan menuju ke café HKL untuk lunch. Well, dah bosan asyik makan benda sama jer kat café fak. Lagipun café utama dalam fak diarahkan untuk tutup, dengar khabar disebabkan "kebersihan". Saya sangat pantang dengan "kebersihan" terutama dalam bab makanan. Sebab makanan itu yang akan jadi darah daging kita kan. Ohh lagi satu, jangan sesekali ajak saya makan di restoran mamak. Errrr. Bagi free pon saya tak sanggup makan tau. Hahah.
 
Selepas lunch, kami pun singgah surau dalam HKL ni. Sebab pertama: Ianya ber-aircond. Sebab kedua: Kondusif, senang nak amek wudhuk. Bukannya kitorang takde bilik rehat, ada. BILIK RESUSITASI SISWI (Bilik Resus). Year 5 students yang conquer. Haha. Tapi sebab bilik resus ni aircond dia rosak dan semua berebut oxygen dalam tu, lemas! Plus kena amek wudhuk dalam tandas, dan sebab dia "bilik rehat" bukannya "surau", kekadang terganggu solat sebab bising. Well, banyak cerita hot untuk dikongsi bersama. Inilah reality dental students.
 
"Hormati orang yang tengah solat. Bacaan alQuran pun disarankan untuk diperlahankan alunannya ketika ada orang lain solat, apatah lagi suara-suara yang berbicara tentang hal keduniaan." (Nasihat untuk diri sendiri)

Hari ni hari Jumaat. Petang tak ada klinik. Tapi saya ada kerja lab, bersama kawan saya tu. Kalau tak dah lama berjimba kat kolej (hostel). Kami masuk ke surau. Saya mula bersiap untuk ambik wudhuk. Lantas ternampak seorang makcik sedang memegang bucu dinding. Agaknya nak bangun. Saya teragak-agak untuk bertanya, takot nanti dikatakan "jaga kain orang". Makcik ni oke ke tak ni.....tapi bila teringatkan kata-kata Dr.Wan, saya terus tanya makcik tu. Bukanlah  niat saya untuk jaga tepi kain orang.

"Makcik? Oke ke tak ni?". Tidak berjawab.
Lagi. "Oke tak Makcik?"
 
"Makcik nak bangun. Tolong pegang makcik..."
 
"Makcik nak amek air semayang ke?"
 
"A'ah"
 
Lantas aku paut tangan dia. Kuat jugak la kena tahan Makcik ni, dan dia pun pegang aku kuat giler, dia tak stable. Unsteady gait. Nasib aku dah kebas satu pinggan nasi.haha. Kalau tak dengan aku sekali melayang. Waktu dia dah berdiri tegak, terasa macam melayang-layang badan dia. Kesiannya Makcik. Dimanakah anak-anaknya time dia memerlukan seperti ini?

"Dan duduk gak susoh nok bangun mula"

Bicara Makcik tu dalam dialek Kelantan tanpa mengeluh. Betapa kuat dan tabahnya hambaMu ni Ya Allah.
 
Dalam surau tu, bukan aku seorang, ramai jer, tapi kenapa hanya mata yang mampu "menolong". Sedihnya rakyat Malaysia! Shame on you!
 
Engkau megah dengan uniforn nurse, tapi?
Engkau megah dengan white coat kau, tapi?
Sambunglah sendiri.
Hanya Allah Yang Tahu niat dihati masing-masing.

Makcik nak pakai selipar. Aku tarik selipar jepun bagi dekat dengan kaki dia.

Hinakah engkau jika tangan engkau menyentuh selipar jepun untuk seseorang yang tidak kau kenali?

Kaki dia meraba-raba selipar. Rupanya mata dia tak berapa nampak. Hebat ujian KAU Ya Allah.

Aku papah Makcik tu untuk ke tempat wudhuk. Takdelah jauh sangat, dalam 3-5 langkah dari tempat solat jer. Bila dah sampai kat paip air, kakinya agak sukar untuk melangkah naik ke tempat wudhuk, takdelah tinggi sangat pun, 1 kaki ketinggian je. Tapi sungguh kesian makcik, dia berusaha untuk melangkah naik. Tangan dia bukak pili air, tapi terlupa lengan baju dia belom dilipat. Dah la satu tangan bertahan kat paip, habis tu tangan mana yang nak lipat lengan baju dia? Aku tarik lengan baju dia.

Hinakah engkau berbuat sedemikian untuk orang yang tak kau kenali?

Siap amek wudhuk, aku papah dia kembali ke tempat solat. Lepas tu baru ada seorang beruniform nurse tanya, "Makcik oke tak ni, nak saya tolong?" Dia ambik makcik tu dari saya, lalu dia bawak ke kerusi.

Sewaktu saya sibuk mencari telekung solat untuk makcik tu, makcik tu capai tudung saya yang diletak atas sejadah depan dia.

"Makcik nak pakai tudung saya ke?"
 
"Laa tudung awok ke? Ingat kain semayang."

Aku pakaikan telekung solat untuk dia. Terharu. Kali pertama pakaikan telekung untuk orang yang tak dikenali.

Kenapa?
Risau ego engkau dipijak-pijak?


Aku memerhatikan wajah makcik itu sewaktu memakaikan telekung kepadanya, sebab dia tutup mata dia, jadi aku berani la tengok. Wajahnya...
 
Tetiba lak aku nak nanges dah kenapa...
 
Seandainya aku berada di tempat dia, masih adakah hamba Allah yang ingin menolong aku? Ya Allah, jadikanlah apa yang aku lakukan ini sebagai ganjaran kepada kedua ibubapaku. Jika ibubapaku menghadapi kesulitan, engkau datangkanlah bantuan kepada mereka sebagaimana aku telah membantu makcik ini.
 
Aku tinggalkan makcik ini untuk menyempurnakan solatnya, sementara aku ambil wudhuk, pakai tudung, ready untuk solat. Sebelom aku solat, makcik tu dah siap solat.

"Makcik datang sini buat apa?" Sambil aku bukakan telekung solat dia.
 
"Cuci darah. Seminggu doh ulang alik ke sini. Doktor nak ajar gano nak guna alat tu, nanti mokcik boleh buat sendiri la kat rumah."
 
"................"

The rest let it be history.

Makcik tu bangun untuk keluar dari surau. Dia berjalan perlahan-lahan. Sebelom dia pergi, dia hulurkan tangan dia. Lalu aku salam dan cium tangan dia.
 
Makcik. Nanti makcik hulurkan tangan makcik, tarik tangan saya ke syurga ye. Saya tahu makcik tak nampak muka saya. Tapi saya pasti makcik tak lupa tangan saya yang papah makcik, yang pakaikan telekung untuk makcik, dan yang salam dengan makcik.
 
Makcik tarik saya ke syurga ye!
 
 
Untuk engkau yang bernama engkau!
 
 
Engkau bermegah dengan rumah besar yang engkau miliki,
tanpa memandang mereka yang ada rumah hanya dalam mimpi.
 
 
 
Engkau bermegah dengan kereta mewah yang engkau naiki,
tanpa menyedari mereka yang hanya mampu berjalan kaki.
 
 
Engkau bermegah dengan jawatan dan gaji yang tinggi,
tanpa engkau sedar mereka yang kais pagi makan pagi.
 
 
Engkau megah berjalan memandang langit Ilahi,
sehingga engkau lupa untuk memandang bumi.
 
 
 
Megahnya engkau!
 
 
Engkau!
Sebaik engkau...
 
Tidak lupa akan
apa yang engkau miliki
bukanlah yang engkau miliki.
 

p/s: Harapnya post ini mampu menyedarkan aku diwaktu aku seperti 'kacang lupakan kulit', well insan berasal dari perkataan lupa.