Monday 19 March 2012

Antara 2 Jalan

Azan Subuh berkumandang. Isnin dah tiba. Asal Isnin je asyik fikir nak puasa ke tak..
Puasa ke?
Tapi tadi tak sahur.
 Petang semalam makan nasi sedikit je.
 Takut lapar nanti.
Ke’confuse’an datang.
Kiri berbisik, “Tak yah la puasa”.
 Kanan berkata, “Puasa Az!”
Bila kiri dan kanan berlawanan, aku tewas. Mana satu nak ikut ni?
Tetiba datang suara Ustaz Hasnan, UKM Kampus Bangi dalam satu forum tidak lama dulu, “Ramai yang ada ilmu dan tahu, tapi tak ramai yang transform ilmunya kepada amal.” Tamparan suara ustaz menghempap dada.
Sungguh.  Aku dah belajar, aku tahu. Tapi kekadang teori itu tidak dapat diaplikasikan. Aku bukan lagi seorang anak kecil yang perlu diajar untuk berniat puasa, perlu diajak untuk berpuasa. Aku sudah dewasa, sudah tahu mana yang baik, mana yang buruk.
Umur bukan pnghalang untuk diajar dan mengajar, untuk disedarkan dan menyedarkan, untuk difahami dan memahami, untuk dinasihati dan menasihati. Semua sama, yang berbeza dan membezakan  adalah iman dan taqwa.
Satu hadis menyebut : “Barangsiapa mencintai Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah PBUH)”
Syaitan laknatullah ini selalu meng’doktrin’ orang-orang Islam yang lemah imannya dengan hasutan yang sangat halus. Yang baik dijadikan buruk, yang buruk dijadikan baik. Yang haram dijadikan halal, yang halal dijadikan haram.
Jadi, puasa ke tak? Keputusan ditangan kita. Setinggi mana keimanan kita, ia menentukan jalan mana yang kita ambil.
~Ya Allah,jadikanlah kami golongan yang sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah PBUH. Amin~