Wednesday 31 December 2014

Timeline 2014, Sayonara!

Bismillah, Assalamualaikumwbt.
 
Sekarang badan masih panas, since semalam. Kelas aku ponteng. Jadinya, tak payah 'ku tunggu mu' cari saya kat fakulti, sebab saya seharian di kolej. hoho. Nasib takde klinik hari ni. Hanya research dari pagi sampai petang. Since tak pergi ke fakulti hari ni, so kerja2 mencari subjek untuk research ditunda. Sebenarnya banyak je kerja yang perlu buat kat fakulti supposedly, tapi nak buat cammane badan tak larat nak berdiri. Asal bangun jer, kepala dah pusing2, mata mula berpinar2. Sambil2 layan kepala yang berat, mulalah jari ni datang bulan nak blogging. Maka terhasillah entry ni.
 


Februari 2014

Aku mulakan timeline 2014 dengan bulan Februari sebab ianya sangat bermakna. Ahah. Nak tahu? Tunggu lepas nikah, oke! Eh tetiba pulak.
 
~Abaikan, ni birthday gift tahun lepas,Cik Epa yang bagi~
 

Sebelum kitorang bercuti semester untuk Tahun 4, of course ada exam. Boleh pulak, time aku sesibuk dan gabra nak masuk dewan TIBE, seorang coursemate hulurkan hadiah. Birthday gift. Almaklum birthday time exam. Wonder sape yang bagi? Coursemate aku yang tolong sampaikan hadiah tu, muslimin tau. Aku tolak mentah2 hadiah tu, dengan alasan aku nak masuk dewan dah ni. Dia pon hanya ikut saje, katanya nanti lepas exam dia bagi balik. Keesokan harinya, hari last exam, sebelum balik ke tanah tumpah darah, si coursemate aku bagi balik hadiah tu. Katanya tak baik tolak pemberian orang. Aku pon dengan muka tak puas hati, ambik je, walhal dalam hati nak je tinggalkan hadiah tu kat tangga TIBE. Haha.

Balik bilik, try bukak kotak hadiah tu. Warna purple tak silap aku. Hmm katanya GM. GM-lah sangat. Tengok nama pemberi hadiah tu, aku dah mula muak, dan naik angin. Tak puas hati. Kenapa dia lagi? Dalam kotak tu berisi coklat, lagilah aku takot nak makan, kot2 ada jampi ke apa. Lalu, *toinktoink* dapat idea, bagi coklat ni kat kawan. Hahaha.
 
Mac 2014

Sesi penggambaran video untuk AVA projek, Klinik Awam Pergigian. Group kami, EF, terdiri daripada 13 orang.
*AVA=audio-visual-aid
Target group kami adalah special need children. Penggambaran dijalankan di rumah MG di Nilai Impian dan sekitar Klinik Rawatan Utama, FGG. Cerita kami mengisahkan seorang anak yang menghidap Cerebral Palsy, yang tambah teruknya, tidak dihiraukan oleh kedua ibubapanya. Hinggalah terjadinya satu malang tidak berbau, lalu kedua ibubapanya menyesal. Video ni tak diupload dalam youtube pun. Lakonan yang mantap oleh group kami sendiri. Budak2 dental ni memang berbakat dalam lakonan. Haha.

~inilah members group EF~
 
 
Kami ke Gambang untuk Health Attack siri ke berapa tak ingat. Bermalam di Universiti Malaysia Pahang. Satu bilik 4 orang. Malam tu, lepas solat Maghrib dan Isyak, ada yang dah jamak. Tapi nasib aku tak jamak, sebab at least dapat merasa masjid di UMP tu. Besar masjid dia. Katanya planner nak keluar selepas Maghrib, tapi akhirnya kami yang muslimah ni punya la tunggu lama giler, sampai Isyak dah masuk. Hampeh betoi. Selepas solat Isyak, kami menaiki bas menuju ke Tasik Teluk Cempedak.

~aku memang takde kerja sampai kunci bilik pun aku snap~
 
April 2014

Abah Ma ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah, bersama besan dan kawan mereka. Hampir 2 minggu disana. Balik2 Mesia, mereka belikan aku jubah warna purple. Opps cakap pasal jubah purple ni, sekarang ada kat mana ek? Lama tak pakai.
 
 
~sementara orang lain berkalut setelkan urusan Abah, dan Abah suruh aku pegang semua dokumen ni, jadi aku dengan senangnya snap la passport ni~

 

Kami Dental Tahun 4 ada komuniti projek di Teluk Intan, Perak. Bermalam di Kolej Perubatan UKM yang baru punyer kat Teluk Intan. Heaven giler duk sini, sebabnya, ada peti ais, tempat iron, court badminton dan lain2. Di belakang kolej ni, ada kebun kelapa sawit kalau tak silap.

~menikmati condongnya sebuah menara~

 
 
Mei 2014

Melaka aku datang untuk kali kedua. Kak Mie ada sukan KKM di Kolej Universiti Islam Melaka, KUIM. Jadi kena teman dia ke sana, sebab hubby dia tak ikot, jaga anak2 di Labuan. Drive bergilir-gilir dengan Kak Mie. Manual kot!
 
Dari KL Sentral ambik Kak Mie kat situ dan direct ke Melaka. Sempat jugak makan langsat 2kg kat area Bangi. Aku pon tak paham kenapa tetiba masuk Bangi, padahal tak perlu lalu kan? Tambah pulak Kak Mie tak reti guna GPS. Lagi teruk keadaan sesat kami. Haha. Lalu, call Kak Da di Kajang mintak peta. Ahaha.

~sementara tunggu match volleyball habis, lepak atas track ni dulu,
sambil mengimbau memori lampau lari berganti 4x100~

~tempat berlangsung sukan KKM sesi 2014~


Tak sah kalau tak sesat kat Bangi. Bangi, pls be kind enough to me. Hmm cakap pasal langsat ni kan, memang tak sah kalau aku tak sesat. Langsat Sesat dan Azra memang tak dapat dipisahkan. Huh. Dulu pernah dari Surau alKautsar, Bangi nak balik ke Kajang. Padahal malam tu Kak Da dah tunjuk jalan dia, dan aku sendiri drive malam tu, konon2 kalau drive sendiri akan ingat jalan. Tapi hampeh. Sesat jugak. Berjam2 jugak la pusing2 tempat yang sama, last2 baru jumpa PKNS Bangi/Tasik Cempaka, which is the known landmark untuk balik Kajang. Haha.

Btw perasan tak kat Bangi ada banyak sangat roundabout? Aku pon naik confius, dah la hampir sama semuanya, pastu mulalah tak ingat nak amek pukul berapa. Hm haru jer.
 
 
Jun 2014

Tak terlupa juga Rehlah Saladinians di Taman Botani, Putrajaya. Despite of everyone busy dengan final year study week, thesis writing, aku pulak sibuk dengan proposal research, blablabla, at last, program separuh hari di taman ni berjaya dijalankan. Bayangkan paperwork ni buat last minit, dan meeting hanya di alam maya. Haha. Lawak pun ada kalau ingat balik. Program ni bertujuan untuk menyambut Saladinians yang bakal meninggalkan alam kampus tak lama lagi. Haru jugak la, sebab aku belom final year.
 
 
~unfortunately, nie jer gambar yang ada~

~viewed from canopy walk~

 

Julai 2014

Bulan Ramadhan. Exam final Year 4 dalam bulan puasa. Mencabar minda jugak la sebab aku tak puasa pon.T_T
 
Macam biasa, exam seminggu, viva seminggu, dan bila dah habis viva ni semua, maka Dean akan umumkan result one by one. Debar kan?
 
Lepas exam semua, bermulalah sesi pencarian baju raya. Untuk family. Hmm part ni aku memang tak suka pilih baju kat orang, takot taste kita tak sama. Tapi dah nak buat macam mana, semua orang busy dengan kerja, so aku yang macam takde kerja ni, silalah berkhimat untuk family. Nasib baiklah baju tema yang aku pilih tahun ni  kena dengan selera ma, dan kakak2. Baju lelaki dalam family? Hmm memang tak reti.
 
Ogos 2014

Raya tahun ni meriah jugak la, even dua orang abang tak dapat balik beraya di Kelantan. Nak buat cammane, bila dah berkeluarga sendiri tu, kena pandai2 bahagilah tahun ni raya kat mana, tahun depan kat mana. Kakakku yang medical doctor tu pon perlu bekerja pada hari raya pertama, jam 4 petang baru dia bertolak balik dari Teganu ke Bachok. Hmm aku pon tak tahu nasib aku lepas ni cammane, haihh.
 

 
 

Sep 2014

Bermulalah sesi pengajian Tahun 5, final year. Berdebar la jugak. Dah lama cuti, tangan pun dah keras ni. Klinik pertama adalah klinik Ortho. Berdebar sebab tak study. Ada seorang patient ni, tetiba dia panggil aku dengan nama "Cempaka". Berbunga gittuww. Macam tahu2 jer memori lampau dengan Tasik Cempedak Cempaka. Hoho. Abaikan!

~inilah kerja orthodontist, design retainer~


Waktu cuti Hari Malaysia tu, aku and the geng ke Taman Botani Putrajaya. For second time, I'm here. Kali ni kami berbasikal round2 sekitar taman. Sebab waktu first time datang tu, tak sempat nak naik basikal, jadi qodo la time ni. Haha. Sebelom balik ke KL, singgah rumah Kajang dulu, sebab nak basuh periuk nasi yang aku tinggal minggu lepas sebab tak sempat, berkalut untuk pergi fakulti pada pagi tu. Lagipon kakak takde, ada family vacation kat Labuan.
 
~viewed from the eye of GT-N5100~


 
Okt 2014

Raya Haji. Tahun ni, genaplah 5 tahun aku beraya haji di perantauan. Tak pernah balik raya kat Kelantan sepanjang merantau di KL. Sebabnya, cuti pon bukannya lama. Tambah2 pulak fakulti pergigian ni, bab2 cuti lambat la sikit. Jadinya, raya kat Kajang. Tahun lepas raya kat KL je tau, dengan kengkawan Dental. Tapi raya di Kajang kali ni sedikit berbeza, sebab ada abang sulong in the house! Haha. Kebetulan Abe We outstation di Petaling Jaya tak silap, jadinya dia pun raya di sini jugak. Rasanya ni first time dia beraya di perantauan, kalau ikotkan hati dia, memang raya bawah ketiak mak jer sepanjang hidup dia..hoho. Malam raya tu, keluar derak dengan Abe We. Sambil2 intai baju untuk dipakai esok hari. Sebab all my baju ada kat Kelantan. Raya, sunnah pakai baju baru tau! T_T

~Bersosial pada malam hari raya haji. Ramal Food Junction~

 
Nov 2014

Posting 4 hari di Kelantan, bersama 10 kawan2 yang lain. Disebabkan hanya 2 orang yang asal Kelantan dalam group ni, so kami berpecah, ada yang menginap di rumah aku dan ada yang menginap di Wakaf Bharu. The rest 4 orang non muslim, diorang sewa Sabrina Court kat KB. Penat jugak la ulang alik dari rumah ke KB hari-hari. Nasib kereta auto. So ikot suka la nak bawak secara ganas ke apa, hmm kalau manual sopan jer. Yeke? Hoho. Pepagi hari sebelom pukul 7 pagi, kami dah bertolak keluar dari rumah. Hari pertama berbekalkan sandwich sardin dan telur. Semangat kot, malam2 hari buat sardin untuk bekalan hari esok.  Hari kedua dan seterusnya, ma yang sediakan bekalan sebab malam2 balik dah penat, dan terus tidur. Baru tahu penatnya jadi driver tak dibayar gaji.haha.

~terjumpa ex-senior di Klinik Pergigian Besar, Kota Bharu~
~Hai orang-orang Machang~

~bila gadget berbicara~

~di HRPZ2, bersama pakar bedah mulut~

 
Dec 2014

Grand finale Business Pitching dan Business Poster Competition. Berlangsung di DK2. Alhamdulillah ada la jugak menangnya. Seminggu sebelom competition, tak pasal-pasal jadi mentor tak bertauliah RR untuk latihan pitching. Tahu tak pitching tu apa? Hmm awal2 aku pon tak tahu gak apa ke bendo pitching tu. Dia lebih kurang macam salesman yang promote2 barang untuk orang beli. Katanya RR, dia segan nak practice depan orang lain.*gedik*. Sampaikan akak2 DSA tanya,"Oo dating eh?"

~Bengkel di Oriental Crystal, Kajang. Manage to compete in the grand finale~
~Masa grand finale, menang jugak~

 
Bulan ni jugak sangat bersejarah bagi rakyat2 Kelantan dan negeri2 lain yang melalui fasa banjir yang sangat teruk dalam sejarah. Awal2 Gua Musang Kuala Krai yang naik air, sampai SMK Manik Urai nampak tingkat 4 je. Kat KB lambat sikit air naik, sebab air dari hulu semuanya bergerak ke bandar, Sungai Kelantan hampir2 limpah, jadinya, rumah nenek di KB baru start naik air kat bahagian bawah. Rumah Abe We di Pengkalan Chepa pon naik air jugak. Tapi rumah aku di Jelawat alhamdulillah tak naik air.

~anak-anak buah~

~Misi kemanusiaan banjir. Bot kepunyaan bro didatangkan khas dari Kemaman~

~sambil menyelam minum air~

 
27 Disember, Sabtu. Untuk kali ketiganya, aku menjejakkan kaki ke Melaka. Walimah salah seorang ahli jemaah kami. Penat jugak la drive pergi balik Kajang-Melaka-Kajang. Sempat jugak kami mengintai pantai yang namanya Pangkalan Balak, tak silap aku. Boleh tahan cantik jugak la pantai ni. Kakak cakap, pantai tu selalu jadi tempat penggambaran drama. Dan kami pun, yang datang ber-12 orang ni, sempat jugak la bikin drama *ala-ala prewedding shooting* kat tepi Selat Melaka. Nak tengok? Haihh, nanti tak lena tidur pulak. Penggambaran di Pangkalan Balak menjadi tirai penutup Tahun 2014. Moga tahun 2015 lebih baik dan bersamanya redha Allah. Amiin.
 
~Ni dia sahabat kami yang telah berjaya mendirikan masjid. Mabrouk!~

~Menyedut angin Pantai Pengkalan Balak, Melaka~

 
Video ini adalah unofficial pre-wedding. *main-main saja bah*. Ahaha. Jangan tak tidur pulak eh.. Ianya dalam format 'wmv', memandangkan saya malas nak tukar ke 'mp4', so padan muka siapa yang tak boleh tengok..ahaha..Kredit to those yang buat video ni.
 

PS: Entry ini terlewat dari tarikh asal sebab masalah internet. Yeay! Kali ni saya edit guna tab laptop, biasanya guna laptop tab aje. Oke, saya banyak mengarut dah ni, see you then. Insyaallah!

Tuesday 30 December 2014

Jahat dibalas Baik

Isnin. Asal Isnin jer, penat dia macam gaban. Eh?
Monday sickness..ingat morning jer ker ade sickness?
Macam biasa, hidup sebagai trainee dentist di UKM, pagi petang masuk klinik. *moga kami tetap bertahan*
Pagi ni klinik untuk pesakit luar. Sesape je yang datang pada pagi tu, rawatan akan dijalankan on the spot. Tak kira nak tampal, nak cuci, atau cabut, atau apa2 masalah berkaitan mulut, kami Insyaallah sedia berkhidmat.
Pagi tu dapat pesakit lelaki India. He claimed of mobile tooth and request for scaling. Aku tetiba mood swing, *entah kenapa,nak kata PMS, baru je lepas,uhukk*. Datang niat jahat dalam hati. Hmmm sape suruh tak jaga gigi betul2, nah rasakan ke'ganas'an scaling aku. *sengeh jahat dalam hati*
Scaling = procedure to clean the teeth by using some instrument (scaler tip)
Maka, aku mulakan scaling selepas present case kat supervisor dentist. You know what, melalui experiences lepas bila merawat pesakit India, aku membuat andaian sendiri, bahawa golongan India ni mempunyai pain threshold yang rendah. Maksudnya, tak tahan sakit. Jadi sebab tu la timbul niat nak kenakan pesakit ni. *tak tahu kenapa jahat sangat pagi tu*
Aku punyer la buat dengan ganasnya, I dont know how ganas it was, mungkin tak se'lembut' kebiasaannya. *eh macam la lembut sangat kan*
Bila dah sampai separuh jalan, pesakit tu cakap,
"You terrerr ar, I tak rasa sakit sikit pon. Better than private. Private buat sakit!"
"Huh?"
Really? My God!
Mulalah rasa bersalah kat pesakit ni. Aku punya niat jahat mehh, tapi dibalas baik. Aku ke yang Islam, atau dia?
Masa bawak turun pesakit ni ke klinik bedah mulut untuk ambik tarikh appointment baru, dia tanya,
"Bila habis belajar ni?"
"Kalau takde halangan ape2, insyaallah bulan 8 tahun depan start final exam, pastu habis la."
"Waaa, wish you all the best! You pandai la buat, tak sakit pon!"
Then mulalah malu nak pandang muka dia, sebab awal2 aku ada niat jahat kat dia. And in fact, aku dah tak ingat dah muka dia cane..haha..Baru satu hari yang lepas. Huh.
Masa dia nak balik, dia cakap lagi,
"Thanks very much eh, may God blesses you!"
Ooh..Mulalah nak nangis!
Apa aku dah buat ni?
Maaf ye Mr.S!
Ampunkan daku, yaAllah.. InsyaAllah tak buat lagi dah.
Selasa. Habis klinik, balik bilik. Badan dah terasa panas. Asyik sneezing jer ni. Mungkin sebab dua hari kena hujan rintik2. Almaklum cuaca tak menentu sekarang ni di KL. Kepala pun dah senget2, sakit. Mulalah cari minyak angin Vicks. Moga dengan sakit ini mampu menghapus dosa2 yang lalu. Amiinnn.
PS: *tiada picture untuk entry ni sebab malas nak cari yang sesuai. Lagipon badan dah tak larat dah. K, shutdown dulu!

Sunday 7 December 2014

The Conjuring?

Pernah tak...
Tetiba rasa seram sejuk...
Bulu roma tetiba naik...
Mata mulalah nak tengok ke belakang, kiri dan kanan...
Pernah?

Pernah tak...
Bau tanah?
Darah?
Kemenyan?

Pernah tak...
Tersedar tengah2 malam.
Pastu terasa nak masuk tandas.
Tapi badan kaku.

Acah jer...

The Conjuring. Pernah tengok tak?
Beberapa hari lepas, belek2 laptop cari cerita nie. Tak ingat save kat mana. Dah lama sangat tak layan laptop.

Tadi, rezeki terjumpa la cerita ni. Lagak macam berani. Well, u know me! Cerita macam ni pun nak takot ke.. err..nama lagi 'cerita', bukan real pun.
Then, jari telunjuk terus tekan cerita ni.

Keluar je muka depan cerita tu. Huh. Kuss semangat. Nak tercabut jantung. Aku tekan cerita apa ni??? Salahkan diri sendiri!

Oo my God.
U oll try la google.

Cepat2 tutup skrin laptop. Penakot rupanya!

Huh. Tak sanggup nak tengok sensorang. Kang malam2 tersedar, harus aku tak bangun kalau tetiba nak gi toilet. Haha.
Sebab dah lama tak tengok cerita2 cenggini, haruslah aura dia semacam.

Teringat raya dua tahun lepas. Sekepala dengan abe, kakak, dan anak-buah-solihin, mengadap laptop tengok Final Destination. Kakak mulalah ter'over', nak pegi tandas pun kena temankan, malam2 mulalah mengigau macam2, pastu teringat2 anak mata yang keluar dari soket mata, bergolek2, jatuh dari bangunan, dan dihempap tayar lori. Huh.

Korang kan, kalau tengok cerita camni, time scene horrible, tangan tu ada tak spontaneously tutup mata? Dan jarakkan jari, cuba tengok melalui celah2 jari? Ada kan?
Hmm macam kakak. Haha. Eh over pulak cerita pasal kakak. Diri sendiri tak sedar.

Allamak, boleh pulak blogging masa ni? Study woiii. Minggu depan ada test. Please do pray for me.
InsyaAllah next entry, saya cuba kongsikan apa yang disampaikan dalam liqo' fikri petang tadi kat KUiZM Gombak, bersama Ustazah Teh dan Ustazah Norhafizah Musa, tentang 'Seindah Taman Firdausi'.

Sekian, Assalamualaikum.
Sebarkan senyuman, nescaya ia membahagiakan.

Saturday 6 December 2014

Brush your Teeth!

Dalam bahasa Arab, ianya dipanggil 'Siwak'.
Siwak berasal dari perkataan 'saaka as-syai' yang bermaksud menggosok sesuatu.  Perkataan 'siwak' boleh menunjukkan erti perbuatan atau boleh juga menunjukkan erti alat. (Kadang2 dipanggil miswak).

Brush your teeth, my dear. Well, they will last throughout  your life. Believe me?

>>> memori lampau <<<
Oo my God.
Aku paling tak suka bau bilik pemeriksaan gigi. Terus nak muntah. Tapi Misi2 sokmo datang ke sekolah.
'Ko ingat kami suka?' Bahahaha.
Kalau boleh, nak koyak atau buat2 hilang surat kebenaran ibu bapa untuk rawatan gigi. Haha. Korang mesti pernah buat kan?

>>> realiti masa kini <<<
Aku pelik kenapa orang takot dengan dentist. Padahal setakat tampal gigi, cabut gigi, hmm bukannya sakit ponnn. Haha. Yeke? By the way, aku tak pernah ada pengalaman kena tampal atau cabut gigi. Dulu2 takot mungkin sebab jarum, tapi sekarang jarum tu lah sahabat baik aku, to keep patients well behave. Hahaha.

My dear, jika anda takut dengan dentist. Hmmm. Cane nak kahwin dengan dentist? Bahahaha. *joking only*

Oke, my dear, firstly, jom kita tengok apa pandangan mazhab atau ijma' ulama tentang siwak.
1) Ianya sunat (menurut mazhab AsSyafie, Hambali dan Hanafi)

2) Ianya tidak wajib (menurut sebahagian ijma') - Ini berdasarkan hadith riwayat Bukhari. Daripada Aisyah RA, Rasulullah saw bersabda "Memberus itu membersihkan mulut dan membuat Tuhan redha"

Kami selalunya menasihatkan anda2 semua untuk berus gigi at least 2 kali sehari, not less than that. Bila? Waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam sebelom tidur.

Namun, dalam Islam, ada waktu2 tertentu yang ditekankan untuk berus gigi. Antaranya:

1) Ketika bangun malam untuk melakukan solat malam.
Daripada Huzaifah, "Sesungguhnya jika Rasulullah saw bangun pada malam hari, maka baginda akan menggosok mulutnya dengan berus gigi" (HR Bukhari dan Muslim)

2) Ketika berwuduk dan setiap kali hendak solat
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, "Jika tidak membuat umatku mengalami kesusahan, pasti aku perintahkan mereka untuk memberus gigi setiap kali hendak mendirikan solat" (HR Bukhari)

3) Ketika hendak membaca alquran
Dari Abu Abdur Rahman Al-Sulami, Ali memerintahkan memberus gigi dan berkata bahawa suatu ketika Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya seorang hamba jika memberus gigi lalu berdiri solat, maka malaikat akan berdiri dibelakangnya mendengar alquran. Kekagumannya dengan alquran membuat dia semakin mendekatinya hingga dia meletakkan mulut ke mulutnya, maka tidak ada sesuatu pun yang keluar dari mulutnya kecuali sesuatu itu masuk ke dalam mulut malaikat. Maka bersihkanlah mulut kamu." (HR AlBaihaqi)

4) Ketika masuk rumah
Dari Miqdam bin Syuraih, daripada ayahnya:
Aku bertanya kepada Aisyah, "Apakah yang pertama kali dilakukan Rasulullah saw setiap kali masuk rumahnya?"
Aisyah menjawab, "Baginda memberus gigi" (HR Muslim)

Sekian saja perkongsian special untuk anda.
Sebar-sebarkan. Wallahu'alam.

*Ilmu ini telah dipetik dari Kitab 'Tafsir Wanita Dalam alQuran' karangan Syeikh Imad Zaki Al-Barudi, Bab Kedua: Surah alBaqarah: Sunnah-sunnah Fitrah