Thursday, 10 January 2013

It is a VIRAL fever

Dah lewat 10 pm.
Kereta kancil dipandu kawanku terus meluncur menuju ke Hospital Pusrawi. Dekat je,hanya belakang kolej.
Dalam setengah jam menunggu giliran, nama aku dipanggil.

"Tadi saya demam doc,tapi sekarang rasa macam sihat dah sikit. Kepala masih lagi sakit dan pening"

"Cuba bukak mulut...". Lampu picit dihalakan ke dalam mulut. Hujung steteskop diletakkan di dada, perut, dan kemudian di bahagian tulang belakang.

"Ada alahan tak?" tanya doc itu.

"Takde"

Temperature 36,normal! Mungkin dah turun dari petang tadi.
Tanpa buat blood test,terus doc jumped into a conclusion.
"Ni viral fever. Saya bagi antibiotic, antihistamine, pcm oke?"

Antibiotic lawan virus?
Boleh ke?
Aku mula konpius.
Bukan antivirus yang sepatutnya being prescribed?

Kawan aku yang sorang ni,terus je bangun dan tanya kat doc itu,
"Doc,boleh ke antibiotic ni rawat viral fever?"

"Boleh membantu jugak la" Jawab doc.

Dengan pasrahnya,kitorang keluar dari bilik doc itu,dan menunggu giliran untuk ubat.

Hmmm,macam ni lah agaknya kerja seorang doc.

09/01/13

No comments:

Post a Comment