Monday, 16 April 2012

Aku, Zam dan Ayah (Part 1)

                “Har, ingatlah pesan mak ini, jangan sekali-kali kau lupa pada Allah dan belajarlah mencari ilmu dengan sabar.
                “Itulah pesan terakhir ibuku sebelum dia menghembus nafas yang terakhir. Ibu pergi meninggalkan aku dan ayah kerana melahirkan adik, tapi adikpun telah mengatur langkah bersama ibu,” ujarku kepada sahabatku Zam dengan perasaan yang begitu sebak dan sedih.
                Hari-hari yang aku lalui bersama ayah tanpa ibu, aku rasakan agak kekok sekali. Tapi lama-kelamaan ianya berubah dan sekarang sama seperti dulu. Mujurlah dengan kedatangan Zamani, temank yang mengajar aku erti kehidupan dan meyakinkan aku untuk meniti titian kehidupan. Aku bertuah mempunyai sahabat yang menemani dan suka mengambil berat tentang diriku.
                Ayah dengan caranya sendiri. Sejak ibu meninggal, ayah tak pernah mengmbil tahu hal aku dan diri ayah sendiripun tidak terurus. Ayah macam orang hilang pegangan. Pagi, petang, siang, malam, ayah duduk termenung sendirian, bertemankan air kencing syaitan, berbotol-botol. Kedatangan Mak Cik Mary dalam hidup ayah, membuatkan ayah berubah. Ayah tidak lagi termenung seperti dulu, ayah tidak lagi menangis, malahan ayah ketawa. Inilah yang membuatkan aku sayang pada Mak Cik Mary. Tetapi, Zam telah menyedarkan aku. Mak Cik Mary sebenarnya menikam ayah dari belakang, secara lembut dan beransur-ansur. Aku sedar, ayah sudah tidak punyai pegangan. Sudah tidak punyai sifat Islamiah. Pernah suatu hari aku terlihat ayah dan Mak Cik Mary berpeluk-pelukan walaupun belum diijabkabulkan secara sah. Aku mahu menyedarkan ayah tentang hal itu, tapi siapalah aku. Lagipun aku tidak tinggal dengan ayah. Aku di asrama, ayah di rumah. Cuma 2 minggu sekali aku pulang, itupun kalau tiada aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Kalau tidak sebulan sekali aku tak bertemu mata dengan ayah. Ayah sibuk dengan kerjanya dan Mak Cik Mary. Ayah tak pernah datang melawat aku di asrama.
                "Dalam hal ini, kau perlu banyak sabar, Har.” Nasihat Zam padaku.
                Memang sejak ibu pergi dan ayah dengan Mary-nya, hanya Zam tempat aku mengadu. Hanya Zam yang mengerti. Zam-lah yang mengajar aku tentang Islam, menggantikan tempat ibu. Ayah, usahkan nak mengajar aku tentang Islam, ayah sendiri pun tidak sembahyang, tambahan lagi Mak Cik Mary beragama Kristian, manalah tahu mengajar ayah tentang Islam. Mengajar minum air kencing syaitan, ‘dancing’ dan apa-apa lagi adalah. Ayah memang dah lupa Islam. Aku benci ayah! Aku benci!!

No comments:

Post a Comment