Saturday, 27 September 2014

Antum tanya, ana jawab.

"Awak nampak sombong". Pengakuan berani mati alBunut Susu.
~Yes, I am. Memang saya perlu jadi sombong, sombong kepada lelaki ajnabi. Itu sebagai perisai saya, kalau saya bagi muka kat mereka, saya akan 'hancur'. Saya tak kesah kalau lelaki cakap macam tu, sebab Allah tak memandang luaran saya, tapi dalaman. Awak tak tahu reason disebalik kesombongan itu, jadi saya takkan menghukum awak.

"Lelaki tu mintak tolong bagi hadiah ni..."
~Maaf saya sukar untuk menerima, terutama yang berbentuk pakaian dan makanan. Apatah lagi, jika ianya daripada lelaki anonymous. Annoying je. Saya taknak ada rasa terhutang budi, sebab sukar untuk membayar budi, takut nanti memakan hati, susah nanti.

"Maaf, dia taknak bertunang.." cakap Abah.
~Saya banyak kali dah cakap, saya taknak ada apa2 ikatan sebelom saya bergelar dentist. Sukar untuk faham?
Bukan berniat untuk jual mahal, tapi perlu jual mahal kan?hekkk.
Tidak....actually, saya taknak ada rasa terbeban sewaktu study dengan tanggungjawab memikul janji, janji untuk bernikah. Kan, tunang itu step selepasnya nikah. Ianya ibarat janji untuk bersama2 ke arah pernikahan.
Tetapi, bukanlah bererti tidak perlu membuat persiapan ke arah pernikahan sewaktu study ni..bersedia dari segi ilmunya, skillnya, mentalnya, fizikalnya, dan rohaninya...tetap perlu bersedia, walau tiada apa2 ikatan sekalipon..study pasal gigi pon, tetap kena study pasal munakahat ni. Kalau bukan masa ni nak study, masa bila pulok?

"Nikoh?"
~Allamakk...saya still studying,  so my priority,  my awla buat masa ni, adalah belajar. Saya tidak pernah menghalang mana2 kawan yang masih belajar untuk bernikah. Silakan.
Tapi saya, saya ada matlamat tersendiri.

"Lama sangat nak tunggu ni..."
~Dear Kumbangs, Bunga bukan sekuntum. It's Bungas.
Usah terkejar2. Kejar ilmunya dulu, baru kejar praktikalnya. Ilmu takdak, nanti praktikalnya tunggang terbalik. Awak tahu pasal haid, nifas, wiladah, istihadah? Kalau isteri awak kemukakan kemusykilan pasal ni, awak yakin boleh bagi jawapan yang mantop? Atau, awak suruh isteri awak pegi tanya ustaz/ustazah? Malu, bro!
Kalau rasa 'masa menunggu' terlalu lama, maka pergilah menuntut ilmu, disebabkan banyaknya ilmu2 ni berserta huraiannya, nescaya masa itu menjadi singkat. Eh?

"Ada whatsup tak? Boleh kita contact via whatsup.."
~Memang saya ada whatsup, tetapi nombornya, rahsia. Hanya familia and kawan2 muslimat saje yang saya bagi.
Tahu kenapa?
Whatsup nampak lebih open berbanding 'conventional message'. Dengan pelbagai simbol, gambar, tambahan free pulak tu, lagilah kita akan 'bermudah' untuk saling berbalasan. Nanti lama2 takot tersangkut hati la pulak, bahaya! Ye idok?

"Muslimin ada jemput pegi umah dia, jom pi ramai2..."
~Oppss, sorrrryyyy... Kalau sekadar pergi untuk makan2 dan bersukaria, I'm sory, takboleh pergi. Melainkan ada emergency atau keperluan yang betul2 keperluan. Bukan bermaksud taknak panjangkan silaturrahim, tetapi isunya tidak perlu dipanjangkan lagi, sebab masih banyak rumah muslimat yang belom dikunjungi, kenapa beria2 nak pegi rumah muslimin?

"Kursus kawen...saya nak pegi dengan bakal suami la.."
~Ini yang merisaukan.
Kalau antara awak dan bakal suami ada mahram, maksudnya, orang yang boleh diharapkan untuk mengelakkan berlakunya perkara2 sumbang antara awak dan bakal suami, takpe jugak.
Persoalannya, kenapa nak pegi sekali dengan bakal suami? Perlu ke?
Saya fikir, better or best pergi asing2, tempat lain2, dan waktu lain2.
Bakal suami, masih haram.
Suami, baru halal.

.Allah lindungi kami.

No comments:

Post a Comment