Thursday, 13 February 2014

Aku, Zam dan Ayah (part 2)

Apakan daya, aku tak mampu menyedarkan ayah. Berserah saja pada Yang Maha Ea, itu yang terbaik. Aku terus berdoa untuk menyedarkan ayah. Semoga Allah akan membuka pintu hati ayah.

Berkawan dengan Zam atau nama sebenarnya Nizam Zamani membuatkan aku lupa segala masalah di rumah. Zam pandai mengambil hati. Apa yang istimewa tentangZam, Zam pandai berjenaka. Walauoin begitu, Zam seorang yang suka memberi nasihat dan menegur kalau-kalau aku ada melakukan apa-apa kesalahan. Inilah yang membuatkan aku sayang pada Zam.

"Cuti minggu depan, apa kata kalau Har ikut Zam pulang bercuti di rumah Zam, bolehlah Har kenal dengan keluarga Zam," pelawa Zam ketika aku dan dia sedang berjalan-jalan di pantai yang berdekatan dengan sekolah kami. Aku terkejut mendengar pelawaan Zam itu. Memang dah lama aku mahu berkenalan dengan keluarga Zam tambahan lagi ibu dan bapa Zam yang mendidik Zam sehingga Zam berperibadi dengan begitu baik sekali.

"Tunggulah Zam, Har setuju dengan pelawaan Zam itu, tapi Har kena tanya bapa Har dulu," janji aku pada Zam, tak mahu dia kecewa.

"Itulah yang sebaik-baiknya,"ucap Zam padaku tanda mengiyakan kata-kataku tadi.

Minggu itu, aku pulang kerumah. Tapi pintu rumah dikunci. Aku berusaha untuk masuk kedalam rumah. Setelah puas,aku ke rumah Mak Cik Siti, tukang masak di rumahku, takut-takut kunci rumah ada padanya. Tetapi hampa. Ayah tak tinggalkan kunci rumah pada Mak Cik Siti. Aku pulang kerumah. Aku menunggu ayah. Aku tak tahu bila masa aku tidur, sedar-sedar, ayah berdiri di hadapan mata bersama Mak Cik Mary.

"Har, kenapa tidur disini, bangun!"
"Pintu rumah kunci ayah, macam mana Har nak masuk ke dalam."
"Sudah, mari masuk dalam."

Aku masuk ke dalam rumah. Aku terkejut melihat keadaan rumah yang sudah berubah.

"Benar-benar berubah,"detik hatiku.

Disudut ruang tamu terdapat almari yang dipenuhi dengan air kencing syaitan, seingat aku di situ terdapat gambar ibu. Di sudut-sudut rumah terdapat patung-patung yang dibuat daripada tembikar manusia dan haiwan.

"Di rumah kita,perlu dihiasi dengan ayat-ayat suci alQuran dan tulisan khat, iaitu tulisan yang mengandungi Kalamullah. Malaikat tak akan masuk ke dalam rumah kita jika dihiasi dengan patung-patung." Begitulah kata-kata ustaz Amin ketika ceramahnya tak lama dulu.

"Astagfirullah", akhirnya keluar juga kata-kata ini dari bibirku yang sekian tadinya bermain-main di sudut hatiku. Aku terpaku di tengah-tengah rumah.

"Apa kau cakap?" Tanya ayah. Aku terkejut.
"Tak ada apa-apa ayah".
"Ingat, kalau nak lama di sini, jaga setiap tutur kata dan tingkah lakumu". Aku tersentak mendengar tengkingan ayah.
"Maafkan saya ayah. Errr...ayah, mana gambar ibu yang tergantung di situ?" Dalam ketakutan aku bertanya.
"Aaaaa! Usah tanya lagi. Ayah dah buang gambar tu."
"Buang?" Aku terkejut. Sampai hati ayah buat begitu.
"Mari sayang, kita ke atas". Lembut saja suara ayah yang mengajak Mak Cik Mary naik ke tingkat atas.

Ayah dan Mak Cik Mary naik ke atas. Langsung ayah tak pedulikan aku yang terlongo di ruang bawah ini.
Dengan perasaan yang sedih, aku berlari naik ke tingkat atas dan membuka pintu bilikku. Mujurlah bilikku tak diubah suai. Aku masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan kuat, melepas geram dengan sikap ayah. Aku merebahkan diri atas katil dan menangis.

"Apa bising-bising tu, Azhar?" Kedengaran suara ayah yang kuat, membelah kesunyian banglo 2 tingkat ini.

Aku diam. Ayah...
Kalaulah ibu masih ada lagi, keadaan tak akan jadi begitu.
Aku merintih keseorangan dan terus menangis lagi. Aku tertidur.

Rrrinngggg.... kedengaran bunyi jam loceng yang terletak di atas meja kecil disebelah katil aku.

"Dah pukul 6.30 pagi," kataku smabil terus bangun dan mengambil tuala, lantas ke bilik air.
Aku terasa tenang dan kembali bertenaga setelah selesai menunaikan solat subuh. Aku mengemaskan bilikku dan turun ke bawah. Aku meluru ke dapur. Entah apa yang aku nak buat. Aku membuka peti sejuk, mengambil buah oren.

"Maaf ya, Mak Cik terlewat," kata Mak Cik Siti. Aku tekejut.
"Tak mengapa  Mak Cik Siti," ujarku pula tanda membalas kata-kata Mak Cik Siti sebentar tadi.

Aku ke halaman rumah rumah dan duduk di kerusi batu sambil meminum jus oren yang aku buat sendiri, meninggalkan Mak Cik Siti yang sedang sibuk menyiapman sarapan.

"Mak sakit, Har. Mak akan tinggalkan Har. Har mesti hidup bahagia dengan ayah. Hormati ayahmu dan selalu menolong ayahmu. Jangan sesekali menderhaka pada ayahmu," ujar ibuku sebelum dia tidur, untuk selamanya.

"Har, tolong Mak angkat pasu ni,"pinta ibu.
"Baiklah Mak," jawabku.

No comments:

Post a Comment